Pages

Oct 10, 2009

Betulkah tindakan aku itu?

"Assalamialaikum nak" tegur seoarang lelaki.
"Waalaikumussalam pak cik" jawab saya sambil tersenyum.Ketika itu saya tengah berdiri menunggu giliran membeli tiket train untuk balik ke Kelantan pada malam esoknya di KL Sentral.Suasana agak sesak di kaunter itu.

"Anak ni dari mana?" tanya pakcik itu yang melalui pemerhatian saya berumur dalam lingkungan 60an.Dia berbaju kameja belang warna hitam iras-iras baju yang saya selalu kenakan ketika menghadiri kuliah dan dipadankan dengan seluar Jeans biru gelap.

"Em,saya ni dari Kelantan" jawab saya sambil menoleh ke arah angka giliran di kaunter tiket."Ah,lambat lagi"getus saya.Jam ketika itu sudah hampir pukul 7 dan ia membuatkan saya semakin resah.

"ooo orang Kelantan,atok ni dari Penang,dulu atok pernah belajaq kat pondok Lubuk Tapah Pasir Mas.orang Kelate' ni baik2,kat mana-mana pun ada"tambahnya lagi.Saya sebenarnya dah banyak kali mendengar pujian seumpama itu.

"Atok nak ke mana ni" tanya saya.Saya mula rasa tak sedap hati,saya pernah mengalami situasi begini beberapa kali.Seingat saya 3 kali,kali pertama di Putra Bus,kemudian di Nilai dan sekarang di sini,KL Sentral.Apa yang menariknya,wataknya pasti seorang tua yang datang bermesra,memuji orang Kelantan,dan akhirnya not RM 10-RM 20 menjadi habuan mereka dengan alasan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar tambang balik ke rumah.

"Atok ni nak balik ke rumah isteri atok di Jasin Melaka"jawabnya sambil meletakkan beg hitam yang dipegangnya ke tepi.Kopiahnya yang senget dibetulkan.Sambil itu matanya hinggap di tangan saya.

"Saya tengok kulit anak ni macam ada masalah,badan kamu juga kurus.Anak ada masalah ape?".

Saya sekadar menggeleng.
"Tubuh atok ni pun kurus juga,ini semua ketentuan dari Allah, sama juga macam anak.Kita ni sebagai manusia mestilah menerima ketentuan Allah.Redho Allah mesti dicari.Sedangkan manusia sekarang ni mencari kehidupan yang sementara.Tok guru atok dulu namanya Syeikh Abdullah,atok balajar kat kelate' dalam 5 tahun,jadi ada la sikit-sikit ilmu perubatan.Ilmu ni kita tak boleh tunjuk-tunjuk,nanti takabbur".

Saya sebenarnya dah dapat mengagak apa sebenarnya yang dimahukannya tapi oleh kerana saya menghormatinya saya menunggu sehingga habis nasihatnya.Dia menyuruh saya membeli air mineral untuk dijampi.

"Nah ini airnya,kalau boleh campur dengan beras halus yang telah ditumbuk lumat dan sapukan ke tempat yang bermasalah sambil membaca selawat dan Fatihah.Kalau boleh baca Yasin dan al-Mulk setiap malam Isnin dan Jumaat".

Saya mengambilnya dalam keadaan serba salah.Saya memang tidak percaya,kalau hanya dengan membaca surah itu dan ini,mencampur dan menumbuk lalu dituang ke dalam air boleh menjadikan seseorang itu sembuh dari penyakit atau menjadi putih.Apa kaitannya?.Tapi saya tidak sampai hati untuk cabut lari,jadi saya mengangguk-angguk sahaja.

Dipendekkan cerita seperti yang dijangka not RM 20 bertukar tangan kerana dia tidak cukup duit untuk balik.Walaupun,saya sebenarnya tidak berapa yakin dengan kejujurannya,namun saya merasakan itu adalah hak Allah.Tanggungjawab saya untuk membantunya sudah tertunai.Namun sepanjang perjalanan balik saya cuba bertanya balik mengenai kesan tindakan saya itu.Mungkin isu ini patut diambil perhatian oleh kerajaan,memandangkan ia melibatkan golongan emas,yang pada hemat saya mereka ini merempat dan sudah tidak dipedulikan oleh anak-anak mereka.Akhirnya mereka terpaksa meminta sedekah dengan pelbagai helah dan taktik.Ketika saya sampai di Kepong malam itu,saya masih tertanya-tanya,"Betulkah tindakan aku?".

No comments:

Post a Comment