Pages

Sep 23, 2012

Hidayah Angka 19



Antara nama-nama neraka yang Allah sebut di dalam Al-Quran adalah neraka Saqar iaitu di dalam Surah Mudassir.Neraka Saqar ialah neraka yang Allah janjikan dan disediakan oleh Allah kepada orang berperangai seperti mana orang Kafir Quraish yang menolak kebenaran yang mereka sudah nampak khususnya kepada Walid bin Mughirah seperti mana yang disebut oleh Allah dalam surah Mudassir:

Kelak aku akan memasukkannya kedalam neraka Saqar [74:26]

Gambar Hiasan.Ehsan http://what-buddha-said.net

Walid bin Mughirah adalah seorang yang bijak dan pandai serta mempunyai kekayaan dan anak pinak yang ramai, nsmun ketika dia melihat kebenaran yang berada pada Rasulullah s.a.w ,dia mengambil masa untuk berfikir dan menimbang-nimbang antara memeluk islam dengan tetap di atas kekufuran.Jika dia memeluk islam maka semua kepentingan dunianya akan tergadai dan pengikutnya akan lari darinya.Akhirnya dia mengutamakan kepentingan dunia, kepimpinan, pengaruh, kekayaan dunia di atas kebenaran islam.
Maka Allah menjanjikan kepada golongan ini dan yang sewaktu dengannya –neraka saqar-yang disebut mempunyai sifat-sifat berikut:

   1.       La tubqi wa la tazar-tidak meninggalkan dan tidak membiarkan.

Dalam kitab Sofwatu Tafasir yang telah dikarang oleh Muhammad Ali as-Sobuni: “Tidak meninggalkan sesuatupun di dalam neraka Saqar kecuali dihancurkan,dan tidak ditinggalkan walau seorang dari orang yang berdosa kecuali dibakar.Ibnu Abbas telah menyebut dalam tafsirannya:Tidak meninggalkan sesuatupun daripada darah,tulang dan daging kecuali dibakar,apabila dia dikembalikan kepada keadaan asal,dia kemudian diazab dengan azab yang lebih pedih.

   2.       Lawwahatun lil basyar

As-Sobuni menyebut bahawa maksudnya adalah sangat terang dan jelas kepada penglihatan manusia daripada jarak yang amat jauh kerana besarnya saiz api neraka Saqar tersebut tanpa perlu memanjangkan tengkuk dan bersusah-susah untuk melihatnya.

   3.       alaiha tis’ata ‘asyar-diatasnya ada 19 penjaga.
      
      Penjaga di sini adalah merujuk kepada 19 malaikat Zabaniah yang bertugas menjaga neraka Saqar ini. 


http://www.laptopstolullabies.com


Malaikat adalah makhluk Allah yang hebat dan kuat dan disebutkan oleh ibnu Abbas bahawa jarak diantara dua bahu malaikat Zabaniah adalah perjalanan setahuan dan setiap pukulan mereka boleh memasukkan 70 ribu manusia ke dalam neraka sekaligus.

Di dalam ayat ini Allah telah menyebut bilangan para malaikat dengan tepat sebagai ujian kepada orang kafir dan untuk menambah keyakinan kepada ahli kitab.Disebut di dalam Tafsir as-Sobuni ahli kitab mendapati bahawa bilangan malaikat penjaga neraka disebut dalam kitab mereka.Ini menyebabkan keyakinan mereka akan kebenaran islam bertambah dan menyebabkan mereka memeluk islam.Orang yang beriman bertambah keimanan mereka setelah mereka melihat keislaman ahli kitab ini. 

Maka hidayah Allah dilimpahkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sesatkan siapa yang dikehendaki-Nya.Oleh itu sentiasalah memohon hidayah dari Allah.