Pages

Nov 25, 2010

Mampukah aku Istiqamah menulis blog?

Aduh,sakit....dah lama betol tak update blog nie....apa khabar blogku?sihat?dah makan?dah minum?dah mandi?he3...jgn marah ye wahai blogku.

Penulisan blog ini memerlukan istiqamah.timbullah persoalan "Bagaimana mahu mendapatkan istiqamah?" Istiqamah datangnya melalui IMAN yang mantap kepada Allah,barulah akan lahirnya istiqamah dan konsisten.Kalau tidak satu-satu amalan tidak akan bertahan lama.Namun,penting juga perancangan dan terget.Contohnya:aku mahu konsisten menulis sesuatu dalam blog sekali setiap 2 minggu.Barulah kita dapat mengejar sesuatu dan mengevaluasi diri kita.

Harapnya,dapat konsisten menulis sesuatu perkongsian dalam blog ini.Mungkin ia lebih kepada perkongsian pengalaman dan pendapat serta buah fikiran untuk sama-sama kita menuju ke arah kebaikan walaupun ringkas dan santai.

Keimanan meningkat kerana  bertambah ketaatan kita kepada Allah dan 
keimanan menurun kerana bertambah maksiat kita kepada Allah.

Jom sembah Allah.

May 16, 2010

Pilih Yang Mana?

Kesilapan adalah lumrah kehidupan.Setiap anak adam pasti akan melakukan kesalahan.Allah memang mencipta manusia berpasangan dengan silap dan salah.Tiada seorang manusia pun yang tidak melakukan kesalahan hatta nabipun pernah ditegur Allah seperti dalam surah ‘abasa.Yang membezakannya Rasulullah ma’sum,terjaga dari segala dosa.kesilapannya hanya untuk mengingatkan sahabat-sahabat,manusia dan makhluk seluruhnya bahawa baginda masih seorang manusia dan bukannya malaikat.kesalahan baginda juga adalah petunjuk dan rahmat dari Allah kepada hambanya supaya mereka tahu untuk bertindak dengan tepat ketika melakukan satu-satu kesilapan.

May 1, 2010

Jom bina kekuatan Ruh

     Hari ini aku hanya berada di rumah,tidak ke mana-mana.Sudah dua hari aku pergi ke KB untuk menyelesaikan pelbagai urusan.Kebanyakannya lebih kepada menjadi driver umiku.Suasana di rumah memang tidak membantuku untuk membaca dan mendalami ilmu serta melancarkan hafalan quranku.Aku berasa kosong.Mungkin kerana tidak ada perancangan dan target menyebabkanku tidak dapat memanfaatkan masa dengan baik.Biasanya aku akan mengisi masa aku bersama umi.Menolongnya memasak,mengemas rumah,membasuh baju,melipat kain,dan memberi kucing makan.Kadang-kadang aku gagahkan diriku untul pulang lewat dari masjid untuk mengambil masa mengulang quran.Pada-pada lain waktu aku cuba mengambil masa bersama  dua orang adikku Sarah dan Munirah yang semakin meningkat dewasa.Masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri.Sarah seorang yang rajin serta berani dan tidak gentar bila yakin dirinya berada di pihak yang benar,manakala Munirah pula seorang kanak-kanak yang cerdas dan cepat faham namun agak santai sedikit.Aku cuba menanam fikrah islami ke dalam diri mereka berdua yang aku harapkan akan menjadi SERIKANDI islam yang menyumbang sumbangan yang besar kepada islam satu hari kelak.Kehidupan di rumah memang membosankan,namun bila berjauhan akan sering teringat.Aku dalam dilema.Sepatutnya aku mendaftar untuk sem pendek di UIAM Gombak pada 20 April yang lepas,namun aku tangguhkan dahulu kerana aku memberi tumpuan untuk mengintai peluang belajar di Yaman.Namun hingga hari ini,aku masih tidak mendapat khabar berita dari ustaz Haris yang memang PIC untuk program penghantaran pelar ke Yaman ini.Hati sedikit resah.Perjuangan masih panjang dan banyak untuk diselesaikan,namun gayaku ibarat seorang tentera yang baru usai mencapai kemenangan di medan perang.
              Senario di Malaysia hari ini semakin membimbangkan,dengan berita yang terbaru pejanjian kerajaan Malaysia yang mahu mengikat perjanjian dengan syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan Zionis ApcoWorldWide.Ya Allah kau selamtkanlah Malaysia dan umat islam seluruhnya dari tipu daya Musuh-musuh islam.
                   Keadaan ramaja hari ini yang semakin teruk agama dan moralnya.Tetapi aku masih lemah,tidak berdaya,letih dan lesu.Apakah penyelesaiannya?.kemungkinan kerana ruhku yang tidak dicaz dan diberi makan yang cukup menyebabkan ia seakan tidak mampu berdiri.ibarat lembu yang hanya mengikut ke mana dirinya ditarik dan dibawa.Teringat sahabat-sahabat nabi yang kadang-kadang tidak memiliki kemudahan dunia namun masih mampu memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan islam.Khubaib bin Adi yang terlibat dalam misi risikan namun akhirnya ditangkap oleh pihak musuh dan disalib oleh kafir Quraish.Walaupun beliau gagal di dunia iaitu menyempurnakan misinya itu namun beliau berjaya mencapai mati syahid yang menjadi cita-cita tertinggi semua orang islam yang benar-benar beriman.Kekuatan apakah itu yang menyebabkan beliau langsung tidak gentar kepada pihak musuh.Bila dikaji,Khubaib ialah seorang ahli ibadat yang begitu menikmati ibadahnya.Beliau benar-benar merasa hubungannya dengan Pencipta semakin erat dan mesra melalui ibadahnya.Itulah menyebabkannya tidak gerun sedikitpun dengan ancaman bunuh oleh kafir Quraish bahkan merindui panggilan syahid.


                Ya Allah kau jadikanlah aku dan ummat islam seluruhnya mempunyai semangat beribadah seperti sahabat Khubaib bin Adi agar ruh kami lebih bersedia untuk menyampaikan islam kepada manusia!!!

Gerun!!!

Antara berita yang sering dipaparkan di media pada hari ini.

            Aku diserang gerun yang mencengkam melihat sikap remaja hari ini yang semakin tidak mengendahkan keperluan mental dan rohani.kebanyakannya hanya menumpukan kepada keperluan fizikal dan kehendak nafsu.Remaja melayu di Malaysia khususnya dilihat semakin hanyut dengan budaya headonisme iaitu menjadikan hiburan melampau sebagai matlamat utama kehidupan.Mereka juga lihat tidak berdaya saing jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain dari semua aspek samada ekonomi,pendidikan  ataupun moral.bahkan mereka sudah tidak ada kudrat untuk hidup sendiri,bergantung kepada ibubapa,tidak ada idea-idea baru,takut melihat masa depan,mudah terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada rohani,jasmani dan akali mereka,hilang semangat untuk belajar,hanya mahu mengikut arus,hanya mahu menerima tetapi tidak mahu memberi,tidak nampak halatuju dan tidak ada tujuan hidup.Bukankah melayu majoritinya islam dan Allah sudah menjanjikan penganut islam akan berjaya dan menjadi ummat yang terbaik .Namun kenapa fenomena ini berlaku?

Apr 21, 2010

Menjadi kosong kembali


Pengalaman menyertai program di sekolah berasma penuh 16April-18April 2010 di Rawang memberi pengalaman berguna bagi saya.Ada sesuatu yang amat istimewa di sini.Sekolah yang di naik taraf dari sekolah menengah agama ini terletak di Bandar Tasik puteri.Mengambil masa lebih kurang 50 minit dari UIA Gombak.Walaupun baru di naik taraf namun ia berjaya membuktikan kemampuannya di peringkat kebangsaan dari segi kecemerlangan akedamik apabila berjaya mendapat tempat ke-enam Sijil Pelajaran Malaysia.Terletak jauh dari bandar memberi impak yang positif kepada pelajar apabila dapat memberi fokus yang lebih kepada aktiviti-aktiviti di sekolah.Salah satu pendekatan pihak sekolah yang dilihat amat membantu pelajar dari segi membentuk akhlak pelajar ialah pelajar-pelajar telah diatur dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti solat berjamaah lima waktu,solat hajat,bacaan ma’surat,ta’lim,usrah,bacaan quran dan Program Tamrin yang berkala iaitu sekali setiap tahun.
    
    kami kali ini diamanahkan menguruskan program tamrin ataupun dinamakan Akedemi Kesyumulan Islam yang melibatkan pelajar tingkatan 4.Bilangan pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar yang paling ramai di dalam sekolah iaitu 180 orang.Pelajar lelaki ialah 100 orang dan selebihnya ialah perempuan iaitu 80 orang.pelajar lelaki dipecahkan dalam 10 kumpulan dan setiap kumpulan akan di kawal selia oleh seorang fasilitator dan saya merupakan salah seorangnya.Ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai program sebegini sebagai Facilitator.Saya juga diamanahkan untuk memberi tazkirah maghrib tentang bahaya lidah di masjid sekolah pada hari pertama tentang bahaya lidah.Satu tugas yang amat mencabar.Antara program  yang telah di atur pada hari pertama iaitu hari jumaat ialah sesi “ice breaking”, curahat dan ceramah yang bertajuk Syahadatain.Hari kedua menyaksikan jadual yang lebih padat bermula dari Qiammullai berjamaah,solat subuh,ma’tsurat,kuliah subuh “menyingkap jendela umat islam masa kini” yang disampaikan oleh abang Helmi,Riadhah,ceramah2:Ghazwatul Fikr yang disampaikan oleh abang Nasri,LDK2(berkenaan tajuk kesyumulan islam dan Ghazwatul Fikri),10 muwasafat,ikhtilat,dan tafsir surah Mu’minun.Hari ketiga iaitu hari terakhir lebih kepada resolusi program.selepas tazkirah Risalah Dhuha yang disampaikan oleh akh Wan Salahuddin pelajar dibenarkan melelapkan mata memandangkan tidur yang tidak cukup malam semalamnya.Resolusi pada sesi seterusnya lebih kepada aplikasi ilmu yang telah didapati dari program dan ingin diamalkan dalam kehidupan seharian.Contohnya saya ingin berqiammullai sekali seminggu ataupun ingin membaca quran 5 muka sehari.Dengan slot tersebut peserta diharapkan dapat meneruskan keseinambungan amalan yang telah di amalkan di dalam program supaya ia bertukar menjadi tabiat yang menghiasi kehidupan seharian kita.
    
       Saya secara peribadinya berasa kekerdilan yang amat sangat apabila menyertai program ini.Banyak lagi ilmu yang perlu di baca dan digali dan perlu difahami untuk memberi kefahaman kepada orang lain.walaupun kadang-kadang saya berasa tidak mampu untuk membawa ahli kumpulan saya memahami islam namun saya gagahkan diri dan menjadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk tidak henti-henti membaca dan menimba ilmu sebagai antara sumbangan kepada ummat dalam memartabatkan islam kembali.Ya Allah kau jadikanlah aku rajin menuntut ilmu untuk memberi kefahaman kepada ummat islam dan kau terimalah amal kami yang sedikit ini dan sentiasa menetapkan kami di atas jalan keimanan.Amin.

Mar 2, 2010

Waktu adalah Kehidupan


Perjalanan ke kelantan melalui kereta api memakan masa 18 jam.Wah,lamanya biar betul.Tetapi begitulah hakikatnya.Kerana masalah teknikal menyebabkan ia lambat beberapa jam.Sepatutnya ia hanya memakan masa 13 jam.Namun perjalanan kali ini begitu menyeronokkan,walaupun tidak sempat menghabiskan 3 biji buku seperti yang dilakukan sebelum ini.Namun kali ini aku dapat mengenali seorang budak comel bernama Faizal Hakimie.Perjalanan yang lama dirasakan sebentar sahaja.Mendengarnya bercoletah menceritakan pengelamannya dan hobi memancingnya amat menghiburkan.Teringat zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni,keriangan dan keseronokan.Dibesarkan di dalam sekolah,kerana ayah seorang cikgu,tidak seperti budak-budak kampung yang lain.Namun zaman senag-lenang sudah berlalu.Sekarang adalah masa untuk berjuang.Tidak ada masa untuk rehat sebenarnya.Benarlah kata Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang pertama Hasan al-Banna bahawa kewajipan kita lebih banyak dari waktu.Kadang-kadang pernah terfikir betapa beratnya beban dakwah ini.Adakah ia akan membuahkan hasil.Menelusuri masyarakat di bandar besar sudah cukup memualkan sehinggakan terlintas di fikiran adakah suasana akan berubah jika aku berdakwah? Kadang-kadang diri ini rasa seakan mahu hanyut,larut bersama suasana.Tetapi mujurlah masih ada sahabat seiman yang sudi menghulurkan tangan membantu menarik ke jalan yang benar.Teringat bahawa tugas manusia hanya bekerja kerana Allah menilai melalui kualiti sesuatu kerja bukan hasilnya.Sesungguhnya Allah sebaik-sebaik hakim.

JALAN RAYA-WASILAH TARBIAH?

Assalamualaikum...salam 1 Malaysia dan salam 1 Muslim
Alhamdulillah,hari yang menyakitkan hati dapat dilalui dengan kesabaran yang tak berapa sabar.Kecuaian selagi lagi mengundang padah.Walaupun masih belum membarah,namun ia cukup mencetus marah.Beberapa hari yang lepas saya mengambil peluang cuti Tahun Baru Cina untuk menghantar barang-barang yang agak banyak  jugaklah.Oleh kerana hanya mungkin tinggal seminggu lebih saja lagi saya berada di Nilai, maka saya mengambil langkah proaktif menyewa kereta untuk urusan pemindahan barang-barang.Namun saya hanya merancang, Allah jualah yang menentukan,ditemani oleh sahabat saya saya saya sayangi,kami menempuhi banyak halangan dan masalah di sepanjang perjalanan.Bermula daripada disaman, sesat jalan, panas yang amat terik.bayaran minyak dan sewa yang agak menggoncangkan iman dan akhirnya tertinggal sesuatu barang amanah yang amat penting di rumah pak cik saya di Kepong.Akhirnya keesokan harinya terpaksa saya pergi ke rumah pak cik saya sekali lagi bersama roommate saya dengan motor yang road taxnya dah mati tahun lepas dan kali ini lagi dashat. Dengan keadaan jalan di Kuala Lumpur yang amat banyak kereta,ditambah pula kami tersilap pilih jalan (masuk ampang & PJ dulu dari Nilai untuk ke kepong,sepatutnya tak perlu pun)sehinggakan kami terlewat dalam 20-30 minit.Walaupun kami telah mengikut signboard namun ternyata signboard berjaya menipu kami.Sampaikan saya hairan dan menggangap jalan di KL ini berhantu (jangan percaya).Namun tarbiah di jalanan ini amatlah dasyat, dan saya baru tahu realiti sebenarnya        (mungkin la).Dengan kepanasan yang amat panas,jalan yang jem,pemandu dan penunggang yang tak berhemah,dahaga,letih dan macam-macam lagi.Saya tak dapat bayangkan satu hari di mana saya bekerja di KL dengan keadaan yang macam ini.Apapun saya bersyukur dapat sampai.

Jan 26, 2010

Security After Die




 

Assalamualaikum…ya akhi sekalian moga sentiasa barada di bawah lindungan Allah Taala.

Saya teringin untuk menceritakan satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya, satu pengalaman yang membuatkan saya berfikir betapa kerdilnya saya di hadapan Allah,satu pengalaman yang membuatkan mindset saya berubah.

Cerita ini berlaku pada awal semester tahun kedua pengajian saya di pusat asasi UIA Nilai.dipendekkan cerita bilamana kami mendapat biasiswa,semua wang kecuali yang saya sempat belanjakan sedikit saja dicuri dan ia berlaku kerana kecuaian saya meletakkan kad matrik saya di atas meja sahaja tanpa meletakkannya ditampat yang selamat.Disitulah baru saya menghargai dan memahami apa itu erti keselamatan or we call it safety in english.

Kita sentiasa menginginkan keselamatan dalam hidup kita sehari-hari, keselamatan dari pelbagai aspek.keselamatan diri,keselamatan keluarga,keselamatan harta dan macam-macam lagi.Namun kadang-kadang kita lupa apakah kita akan selamat di akhirat kelak.Apakah kita akan masuk ke syurga yang penuh dengan kenikmatan ataupun dihumbankan ke neraka yang penuh kepedihan.

Namun kebenyakan kita pada hari ini tidak melihat keselamatan akhirat itu sesuatu yang perlu didahulukan serta dilebihkan perhatian mengatasi keselamatan dunia yang tidak pernah selamat ini.

"kenikmatan Allah dalam bentuk menghindarkanku dari dunia lebih utama daripada kenikmatan-Nya berupa pemberiannya dalam urusan dunia" (Abu Hazim, Siyar A'lam Nubala,6/985)

"Sesungguhnya orang-orang sebelum kami mereka menjadikan dunia sebagai sisi dari kepentingan akhirat mereka, sementara kalian menjadikan akhirat sebagai sisa dari kesibukan dunia kalian.(Aun bin Abdillah,tabi'in,sifatush Shafwah,3/101)

Zainal Abidin Ali bin Al Hesein pernah ditanya, "siapakah orang yang paling terancam bahaya?"Dia menjawab orang yang tidak melihat dunia sebagai bahaya untuk dirinya (uyun Akhbar,2/230)

Lari dari dunia tidak bererti kita meninggalkan dunia secara keseluruhan kemudian membiarkannya dikuasai oleh orang-orang yang menghambakan dirinya pada nafsu, sementara kita berada dalam keadaan miskin,melarat dan tidak dapat menyumbang kepada masyarakat.Lari dari dunia bererti tidak menjadikan dunia sebagai matlamat utama,cita-cita akhir dalam hidup.


 


 

( من كان يريد العاجلة عجلنا له فيها ما نشاء لمن نشاء لمن نريد ثم ثم جعلنا له جهنم يصلىها مذموما مدحورا ) surah Isra' ayat 18

Sesiapa Yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya Dalam dunia apa Yang Kami kehendaki, bagi sesiapa Yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya Dalam keadaan Yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

ألهىكم التكاتر (1) حتى زرتم المقابر(2) كلا سوف تعامون(3)ثم كلا سوف تعلمون (4) كلا لو تعلمون علم اليقين (5) لترون الجحيم (6) ثم لترونها عين اليقين (7) ثم لتسئلن يومئذ عن النعيم (8)


 

1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

2. Sehingga kamu masuk kubur.

3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya Yang buruk semasa hendak mati)!

4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya Yang buruk pada hari kiamat)!

5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa Yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan Yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara Yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).

6. (ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka Yang marak menjulang.

7. Selepas itu - Demi sesungguhnya! - kamu (Wahai orang-orang Yang derhaka) akan melihatnya Dengan penglihatan Yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

8. Selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang Segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!


 

Ingatlah wahai sahabatku & saudaraku

MATI ITU PASTI