Pages

May 1, 2010

Gerun!!!

Antara berita yang sering dipaparkan di media pada hari ini.

            Aku diserang gerun yang mencengkam melihat sikap remaja hari ini yang semakin tidak mengendahkan keperluan mental dan rohani.kebanyakannya hanya menumpukan kepada keperluan fizikal dan kehendak nafsu.Remaja melayu di Malaysia khususnya dilihat semakin hanyut dengan budaya headonisme iaitu menjadikan hiburan melampau sebagai matlamat utama kehidupan.Mereka juga lihat tidak berdaya saing jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain dari semua aspek samada ekonomi,pendidikan  ataupun moral.bahkan mereka sudah tidak ada kudrat untuk hidup sendiri,bergantung kepada ibubapa,tidak ada idea-idea baru,takut melihat masa depan,mudah terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada rohani,jasmani dan akali mereka,hilang semangat untuk belajar,hanya mahu mengikut arus,hanya mahu menerima tetapi tidak mahu memberi,tidak nampak halatuju dan tidak ada tujuan hidup.Bukankah melayu majoritinya islam dan Allah sudah menjanjikan penganut islam akan berjaya dan menjadi ummat yang terbaik .Namun kenapa fenomena ini berlaku?


               Cuba kita tanya pelajar yang baru mendapat keputusan spm tentang arah tujunya selepas spm. Kebanyakan mereka menjawab saya masih mencari ataupun tengoklah mana-mana yang dapat.Maksudnya kebanyakan mereka masih tidak jelas.Saya berpendapat sistem pendidikan di negara kita masih tidak berjaya melahirkan insan yang nampak arah tuju mereka dan mengapa mereka mesti menuntut ilmu.Kebanyakannya hanya mengganggap aku belajar hanya untuk diriku diterima bekerja di syarikat-syarikat besar dan mendapat gaji,melalui gaji itu bolehlah aku membelanjakan mengikut apa yang aku suka.Sesungguhnya ini satu masalah yang amat bahaya.kita sepatutnya perlu membuat perubahan kepada sistem pendidikan di sekolah kita.
              Pada satu petang ketika aku bersembang dengan saudaraku yang sepatutnya mengambil spm tahun ini,terpacul satu soalan dari mulutku mengenai tujuan dia pergi ke sekolah dan jika diberi pilihan adakah dia mahu bersekolah? jawapannya amat negatif sekali.Dia tidak tahu tujuannya ke sekolah dan jika di beri pilhan dia hanya mahu duduk-duduk goyang kaki di rumah dan apabila mahukan sesuatu ia akan datang bergolek,mahu keluar rumah secara bebas,hanya mahu menonton drama-drama cinta melayu,mengikut fesyen dan trend terbaru dan mengikuti gossip artis-artis melayu .Inilah realiti anak remaja kita hari ini.kalaulah kita hilang sensitiviti kita dan tidak mengambil endah masalah ini maksudnya kita ada masalah IMAN.

            Wahai-wahai saudara seiman marilah kita kembali kepada islam yang sebenar dan mengamalkan tuntutan al-Quran.Tidak ada jalan lain yang lebih baik untuk membaiki masyarakat kita hari ini kecuali meniru cara yang nabi tunjukkan ketika membaiki masyarakat arab jahiliah.Bergabunglah bersama jemaah islam yang diyakini ikhlas dan konsisten serta tidak menyalahi syara’ dalam gerak kerjanya.Pilihan berada di tangan kita.”The power in your hand”.Pilihan hanya ada dua samada al-Haq dan al-Batil.Buatlah pilihan dengan iman dan akal.Binalah suasana biah solehah ataupun kalau tidak mampu carilah suasana yang membina iman kita demi kesejahteraan kita pada hari yang kekal dan pasti.

No comments:

Post a Comment