Pages

Nov 5, 2009

PERBINCANGAN PERTAMA: PENGENALAN KEPADA ILMU FEQAH

1. Pertama: Ta’arif feqah

Secara Lughah:-Ilmu tentang sesuatu dan kefahaman tentangnya.


Kefahaman disini bermaksud kefahaman yamg mutlak & keseluruhannya bukannya separuh2 atau sebehagian sahaja.
Tetapi penggunaannya di dalam Quran menunjukkan perbezaan dengan tidak mengertikannya sebagai
kefahaman yang mutlak tetapi kedalaman pemahaman.Misalnya:

91. Mereka berkata: "Wahai Syuaib,! Kami tidak mengerti kebanyakan dari apa Yang Engkau katakan itu, dan Sesungguhnya Kami melihat Engkau orang Yang lemah Dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah Kami telah melemparmu (dengan batu hingga mati). dan Engkau pula bukanlah orang Yang dipandang mulia Dalam kalangan kami!"

27. "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
28. "Supaya mereka faham perkataanku;



Secara Istilah di sisi Fuqoha’ & usulliyyun :- Ilmu tentang hokum-hukum shariah amaliah yang dikeluarkan daripada dalil-dalil yang terperinci.





Perincian:
Ilmu-satu ilmu dari ilmu2 agama

Hukum-hukum Shariah:kefahaman (fiqh)padanya satu kumpulan (hukum2 akidah,hukum2 akhlak & hukum2 amaliah) daripada hukum yang mana dibuat( syara’) oleh Allah kepada hambanya.

Amaliah- berkait dengan perbuatan hamba.Disebabkan shariah terbahagi kepada 3 iaitu Hukum akidah,hukum akhlak & hukum amalan,maka disini digunakan amaliah(amalan) kerana ia adalah istilah kepada Fiqh.

Dalil-dalil tafsiliyyah(terperinci)-ayat-ayat Quran & hadis-hadis yang secara khususnya merujuk kepada hukum-hukum amalan.