Pages

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Apr 21, 2010

Menjadi kosong kembali


Pengalaman menyertai program di sekolah berasma penuh 16April-18April 2010 di Rawang memberi pengalaman berguna bagi saya.Ada sesuatu yang amat istimewa di sini.Sekolah yang di naik taraf dari sekolah menengah agama ini terletak di Bandar Tasik puteri.Mengambil masa lebih kurang 50 minit dari UIA Gombak.Walaupun baru di naik taraf namun ia berjaya membuktikan kemampuannya di peringkat kebangsaan dari segi kecemerlangan akedamik apabila berjaya mendapat tempat ke-enam Sijil Pelajaran Malaysia.Terletak jauh dari bandar memberi impak yang positif kepada pelajar apabila dapat memberi fokus yang lebih kepada aktiviti-aktiviti di sekolah.Salah satu pendekatan pihak sekolah yang dilihat amat membantu pelajar dari segi membentuk akhlak pelajar ialah pelajar-pelajar telah diatur dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti solat berjamaah lima waktu,solat hajat,bacaan ma’surat,ta’lim,usrah,bacaan quran dan Program Tamrin yang berkala iaitu sekali setiap tahun.
    
    kami kali ini diamanahkan menguruskan program tamrin ataupun dinamakan Akedemi Kesyumulan Islam yang melibatkan pelajar tingkatan 4.Bilangan pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar yang paling ramai di dalam sekolah iaitu 180 orang.Pelajar lelaki ialah 100 orang dan selebihnya ialah perempuan iaitu 80 orang.pelajar lelaki dipecahkan dalam 10 kumpulan dan setiap kumpulan akan di kawal selia oleh seorang fasilitator dan saya merupakan salah seorangnya.Ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai program sebegini sebagai Facilitator.Saya juga diamanahkan untuk memberi tazkirah maghrib tentang bahaya lidah di masjid sekolah pada hari pertama tentang bahaya lidah.Satu tugas yang amat mencabar.Antara program  yang telah di atur pada hari pertama iaitu hari jumaat ialah sesi “ice breaking”, curahat dan ceramah yang bertajuk Syahadatain.Hari kedua menyaksikan jadual yang lebih padat bermula dari Qiammullai berjamaah,solat subuh,ma’tsurat,kuliah subuh “menyingkap jendela umat islam masa kini” yang disampaikan oleh abang Helmi,Riadhah,ceramah2:Ghazwatul Fikr yang disampaikan oleh abang Nasri,LDK2(berkenaan tajuk kesyumulan islam dan Ghazwatul Fikri),10 muwasafat,ikhtilat,dan tafsir surah Mu’minun.Hari ketiga iaitu hari terakhir lebih kepada resolusi program.selepas tazkirah Risalah Dhuha yang disampaikan oleh akh Wan Salahuddin pelajar dibenarkan melelapkan mata memandangkan tidur yang tidak cukup malam semalamnya.Resolusi pada sesi seterusnya lebih kepada aplikasi ilmu yang telah didapati dari program dan ingin diamalkan dalam kehidupan seharian.Contohnya saya ingin berqiammullai sekali seminggu ataupun ingin membaca quran 5 muka sehari.Dengan slot tersebut peserta diharapkan dapat meneruskan keseinambungan amalan yang telah di amalkan di dalam program supaya ia bertukar menjadi tabiat yang menghiasi kehidupan seharian kita.
    
       Saya secara peribadinya berasa kekerdilan yang amat sangat apabila menyertai program ini.Banyak lagi ilmu yang perlu di baca dan digali dan perlu difahami untuk memberi kefahaman kepada orang lain.walaupun kadang-kadang saya berasa tidak mampu untuk membawa ahli kumpulan saya memahami islam namun saya gagahkan diri dan menjadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk tidak henti-henti membaca dan menimba ilmu sebagai antara sumbangan kepada ummat dalam memartabatkan islam kembali.Ya Allah kau jadikanlah aku rajin menuntut ilmu untuk memberi kefahaman kepada ummat islam dan kau terimalah amal kami yang sedikit ini dan sentiasa menetapkan kami di atas jalan keimanan.Amin.

Oct 14, 2009

Rehlah ila Lata tembakah 2009




Sejuk dan dingin.Itulah yang dapat digambarkan ketika mandi di Lata Tembakah pagi semalam.Kami berkumpul terlebih dahulu di rumah akhi Izhan dan kemudiannya bertolak secara konvoi.Tiga buah kereta kancil berlainan warna.Seramai beberapa orang yang menyertai yang semuanya alumni MTAQ iaitu Waafi,Faiz,Zamri(Maahad Shoubra),Afiq abasa(UM),Hilmibgshow(KUIS) merangkap Program Manager,ana,Salam,Fatah,Izhan, Yusuf,Adib(UIA).Kami sampai tepat pukul 10 pagi and without wasting a time kami terjun kedalam air sungai yang nyaman itu meninggalkan pengarah membakar ayam sorang-sorang(maaf sangat-sangat)he3...


kami balik lbh kurang pukul 4,and stop at masjid Hadhari for Asar prayer.Sesungguhnya perjalanan ini amat bermakna,menambah iman,mengeratkan silaturrahim,meluaskan pandangan,& merasai nikmat ciptaan kurniaan Allah.Subhanallah maha suci Allah yang tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.Ya Allah kau masukkanlah kami kedalam Syurga & jangan KAu masukkan kami kedalam neraka yang pedih.
Amin.Siru ala barakatillah.

Oct 12, 2009

Back to Kelantan

The travel through train KTMB take half of a days.Try to imagine 14 hours sat on a seat.so boring.But,luckily,I prepare something to read which I buy 5 books at MPH Mid valley,and I had finished 2 novel and a half.Munajat cinta(taufiqqurrahman al-Azizy),& Aku terima nikahnya(Hasrizal Abdul Jamil).When I remember back,the travel to that bookshop like an impossible.Try to imagine my train to Kelantan at 8.30p.m but at 7.55p.m I still at Mid valley.I arrive at Tumpat at 10.30 a.m. and my father took me to his school Sek.Keb.Tumpat.

Oct 11, 2009

Alhamdulillah,nothings bad happens to me.

After Asar yesterday evening,I went to KL Central by Motorcycle.Even I don't know how to go to that place,but this really big chance for me to learn about the 'selok-belok' road in KL.Usually my uncle not give permission to me to use the motorcycle,but Allah's power,surprisingly,he offer me to use his motorcycle,and I agree without asking,worry if he changes his mind.

I got a lot of unexpected experience.When,we travel there are always new things we get which we can use its as a lessons in our life.Allah said in the Quran many times about the travel,purpose and the important of it and one of that is in surah al-An'am verses 11:

"Travel through the earth and see what was the end of those who rejected truth."

First,when I sat on the motorcycle,I went with signboard as guidance.I think KL central around the KLCC but actually it not true.Finally I stop in front of Sentol Police Station,and I call my friend asking about the true way.

"you search the signboard to Seremban and enter to Jln Mahemeru,and proceed to Jln Parlimen"said my friend.

Finally, I found the way,and solves my work faster and back home.Around 9p.m. I arrive at Kepong.Alhamdulillah,nothings bad happens to me.

Oct 10, 2009

Betulkah tindakan aku itu?

"Assalamialaikum nak" tegur seoarang lelaki.
"Waalaikumussalam pak cik" jawab saya sambil tersenyum.Ketika itu saya tengah berdiri menunggu giliran membeli tiket train untuk balik ke Kelantan pada malam esoknya di KL Sentral.Suasana agak sesak di kaunter itu.

"Anak ni dari mana?" tanya pakcik itu yang melalui pemerhatian saya berumur dalam lingkungan 60an.Dia berbaju kameja belang warna hitam iras-iras baju yang saya selalu kenakan ketika menghadiri kuliah dan dipadankan dengan seluar Jeans biru gelap.

"Em,saya ni dari Kelantan" jawab saya sambil menoleh ke arah angka giliran di kaunter tiket."Ah,lambat lagi"getus saya.Jam ketika itu sudah hampir pukul 7 dan ia membuatkan saya semakin resah.

"ooo orang Kelantan,atok ni dari Penang,dulu atok pernah belajaq kat pondok Lubuk Tapah Pasir Mas.orang Kelate' ni baik2,kat mana-mana pun ada"tambahnya lagi.Saya sebenarnya dah banyak kali mendengar pujian seumpama itu.

"Atok nak ke mana ni" tanya saya.Saya mula rasa tak sedap hati,saya pernah mengalami situasi begini beberapa kali.Seingat saya 3 kali,kali pertama di Putra Bus,kemudian di Nilai dan sekarang di sini,KL Sentral.Apa yang menariknya,wataknya pasti seorang tua yang datang bermesra,memuji orang Kelantan,dan akhirnya not RM 10-RM 20 menjadi habuan mereka dengan alasan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar tambang balik ke rumah.

"Atok ni nak balik ke rumah isteri atok di Jasin Melaka"jawabnya sambil meletakkan beg hitam yang dipegangnya ke tepi.Kopiahnya yang senget dibetulkan.Sambil itu matanya hinggap di tangan saya.

"Saya tengok kulit anak ni macam ada masalah,badan kamu juga kurus.Anak ada masalah ape?".

Saya sekadar menggeleng.
"Tubuh atok ni pun kurus juga,ini semua ketentuan dari Allah, sama juga macam anak.Kita ni sebagai manusia mestilah menerima ketentuan Allah.Redho Allah mesti dicari.Sedangkan manusia sekarang ni mencari kehidupan yang sementara.Tok guru atok dulu namanya Syeikh Abdullah,atok balajar kat kelate' dalam 5 tahun,jadi ada la sikit-sikit ilmu perubatan.Ilmu ni kita tak boleh tunjuk-tunjuk,nanti takabbur".

Saya sebenarnya dah dapat mengagak apa sebenarnya yang dimahukannya tapi oleh kerana saya menghormatinya saya menunggu sehingga habis nasihatnya.Dia menyuruh saya membeli air mineral untuk dijampi.

"Nah ini airnya,kalau boleh campur dengan beras halus yang telah ditumbuk lumat dan sapukan ke tempat yang bermasalah sambil membaca selawat dan Fatihah.Kalau boleh baca Yasin dan al-Mulk setiap malam Isnin dan Jumaat".

Saya mengambilnya dalam keadaan serba salah.Saya memang tidak percaya,kalau hanya dengan membaca surah itu dan ini,mencampur dan menumbuk lalu dituang ke dalam air boleh menjadikan seseorang itu sembuh dari penyakit atau menjadi putih.Apa kaitannya?.Tapi saya tidak sampai hati untuk cabut lari,jadi saya mengangguk-angguk sahaja.

Dipendekkan cerita seperti yang dijangka not RM 20 bertukar tangan kerana dia tidak cukup duit untuk balik.Walaupun,saya sebenarnya tidak berapa yakin dengan kejujurannya,namun saya merasakan itu adalah hak Allah.Tanggungjawab saya untuk membantunya sudah tertunai.Namun sepanjang perjalanan balik saya cuba bertanya balik mengenai kesan tindakan saya itu.Mungkin isu ini patut diambil perhatian oleh kerajaan,memandangkan ia melibatkan golongan emas,yang pada hemat saya mereka ini merempat dan sudah tidak dipedulikan oleh anak-anak mereka.Akhirnya mereka terpaksa meminta sedekah dengan pelbagai helah dan taktik.Ketika saya sampai di Kepong malam itu,saya masih tertanya-tanya,"Betulkah tindakan aku?".