Pages

Nov 10, 2011

Perjuangan mencari Insuran motor yang Islamik

Alhamdulillah Allah memudahkan saya setelah bersabar dalam detik yang terlalu lama.Ini adalah kali pertama saya memperbaharui insurans motor saya.

Sebagaimana yang diketahui,banyak syarikat insurans di Malaysia ini,namun yang insya-Allah islamik ialah takaful Malaysia.Menurut bacaan saya di internet takaful Malaysia di bawah Bank Islam.

Sebelum ini,fikiran saya seolah-olah buntu kerana tidak tahu bagaimana nak memperbaharui insurans takaful.Setelah ditanya kepada rakan-rakan mereka juga tidak dapat memberi jawapan yang jelas.Akhirnya saya cuba memberanikan diri ke pejabat pos Uia untuk mencuba.

Pagi itu,saya pergi awal dengan mengharapkan dapat menyelesaikan kerja saya dengan cepat,namun ia tidak berjaya.Pegawai bertugas memberitahu kuota untuk hari tersebut telah habis.Saya tercengang kehairanan.Pagi-pagi buta lagi dah habis.Rupanya,takaful Malaysia hanya menghadkan 150 pembaharuan insurans yang boleh dibuat di seluruh pejabat pos di Malaysia.Patutlah cepat habis.

Akhirnya selang beberapa minggu selepas itu saya mengambil keputusan untuk membuat kajian di internet.Mula-mula saya search di internet dengan bantuan syeikh goggle.Akhirnya jumpa la takaful Malaysia.Saya terus berhubung dengan mereka melalui telefon dan dalam sekelip mata urusan saya selesai.Seorang agen takaful menolong saya memperbaharui insurans saya menggunakan duitnya dahulu,kemudian dia meminta saya memeriksanya di pejabat pos berdekatan dan memperbaharui cukai jalan saya,kemudian barulah bank –in duit ke akaunnya.

Dalam hati saya sebelum ini,sentiasa berdoa moga Allah menyelamatkan saya dari sistem riba kerana dosanya amat besar.Alhamdulillah Allah telah memudahkan saya.

Moga masa depan system kewangan Islam terus cerah dan menjadi pilihan kepada manusia.

Boleh ke laman web takaful jika berminat.link

Wallahuaallam

1 comment: