Pages

Nov 12, 2011

Agenda Utama bukan Arus perdana


Sesungguhnya antara misi utama manusia diutuskan di muka bumi adalah untuk menyembah Allah dan memakmurkan muka bumi Allah ini.

Hari ini muslim di seluruh dunia begitu ramai bahkan mencecah 1 bilion lebih[kalau saya salah betulkan],namun mereka masih belum dapat memberi impak kepada dunia bahawa islam adalah rahmat dan penyelesaian kepada seluruh masalah yang berlaku di dunia pada hari ini kerana kita sendiri tidak mengamalkan islam dalam diri kita.Binalah islam dalam diri kita,nescaya islam akan terbina di sekeliling kita.

Jalan yang selamat dan benar adalah jalan yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW dan para sahabat iaitu jalan dakwah dan tarbiyah hingga Negara Islam Berjaya ditegakkan dalam masa 13 tahun sahaja.

Namun realiti yang berlaku pada hari ini,muslim lupa akan tanggungjawab,tugas dan misi mereka diutuskan ke muka bumi ini iaitu untuk menyembah Allah dan menyeru manusia yang lain kepada Allah.

Cuba kita renungkan tujuan kita berada di dunia ini.Adakah semata untuk makan,minum,belajar,bekerja,berkeluarga dan kemudian menunggu mati.

Agenda kita diatas muka bumi ini adalah agenda yang rasulullah dan para sahabat tunjukkan.
Ayuh marilah kita ubah cara kita berfikir dan bertindak dalam kehidupan kita.

Cubalah berfikir untuk selamat dari azab Allah.
Dan Cubalah mencari jalan untuk menyelamatkan manusia lain dari azab Allah.

Sudahkah kita menjumpai agenda utama hidup kita?
Atau kita hanya mengikut arus perdana,mengikut arus dan cara sebilangan besar manusia yang lain?

Ya Allah,berilah Taufiq kepada kami !!!




No comments:

Post a Comment