Pages

Nov 15, 2011

Cita-cita yang agung keperluan untuk bangkit


Ehsan:fotopedia.com


Jika kita cuba memahami hakikat kehidupan,kita akan sedar bahawa kehidupan ini ibarat roda yang berputar terus menerus.Hari ini kita berada di atas,esok kita berada di bawah.Begitulah jika kita mahu memahami hakikat perjalanan agama islam ini yang suatu ketika dahulu pernah mencapai zaman keemasan.kemudian jatuh kembali.

Umat sudah lama berada dalam keadaan mundur,jumud dan keputusasaan.Oleh itu,kita kena
bertindak untuk mengubah keadaan ini.Realiti yang berlaku pada hari ini ialah Islam kembali bangkit.Orang ramai mula mencari islam yang sebenar,namun masih sedikit orang yang sanggup bersusah payah untuk turun ke medan memberi kefahaman kepada masyarakat yang jahil agama.

Dalam buku majmu’ Rasail ada disebutkan di antara apa yang diperlukan oleh umat yang sedang bangkit adalah cita-cita yang luhur dan agung,dengan kata lain kita meletakkan cita-cita dan berusaha keras untuk mencapainya.Apakah cita-cita yang agung itu?

Cita-cita yang agung adalah menegakkan dan menyebarkan agama Allah sehingga dapat menguasai Negara dan dunia.Jika dilihat kepada keadaan semasa,ia agak susah,namun inilah kerja yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga berjaya mendirikan Negara Islam Madinah.

Oleh itu Quran menawarkan metodologi,manhaj dah prinsip-prinsip yang menyokong dan menguatkan cita-cita agung umat Islam tersebut.

Antaranya ayat mengenai putus asa.Dalam surah Yusuf Allah menyebut hanya orang yang kafir akan berputus asa.

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

87. Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".

Seseorang yang mengaku islam tidak akan berputus asa kerana dia tahu bahawa Allah berkuasa atas segalanya.Seseorang daie atau muslim yang membaca dan memahami ayat ini akan terus bekerja dan memberi sumbangan demi untuk menaikkan kembali islam walaupun usaha itu kelihatan kecil nilainya di mata manusia.

Dalam al-Quran juga Allah banyak mencaritakan berkenaan kisah-kisah sebagai motivasi kepada kita.Antaranya kisah tentera Talut yang sedikit dapat mengalahkan tentera Jalut yang ramai.


فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ 
مَعَ الصَّابِرِينَ

249. kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".

Dalam cita-cita yang agung ada kekuatan untuk terus bekerja walaupun hasilnya belum nampak secara menyeluruh.Orang-orang yang bercita-cita untuk melihat islam kembali memimpin dunia,pasti tidak akan duduk bergoyang kaki,tetapi terus memberi sumbangan kepada kebangkitan Islam dan penyebaran agama Allah.Yakinlah hanya ini jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah,tidak ada jalan yang lebih selamat dari jalan dakwah dan menyebarkan kalimah Allah kepada manusia.

Persoalannya sekarang,sudahkah kita mempunyai cita-cita agung itu?

Sumber:
1.       Al-Quran
2.       Majmu’ Rasail,Hasan al-Banna.

No comments:

Post a Comment