Pages

Nov 10, 2011

Keluargaku lebih utama


Banyak lagi yang perlu dipelajari olehku sebagai hamba Allah.Baru-baru ini ketika cuti raya haji 6 November 2011,aku merasakan malas untuk balik menjenguk keluarga.Alasannya adalah assignment yang berlambak dan aku masih mempunyai 3 paper lagi untuk dihabiskan.Subjek semakin susah.

Namun setelah berfikir panjang,aku gagahkan juga diri ini untuk balik.Dalam hati niatku semata-mata kerana Allah dan untuk berbuat baik kepada ibubapa dan keluarga.Tidak ada niat lain.

Rupanya barulah aku menyedari,bahawa aku dihinggapi penyakit bakhil dan mementingkan diri sendiri.Aku lebih senang untuk menyudahkan assignment aku daripada melawat keluargaku.Namun diharap penyakit ini dapat dikikis sedikit demi sedikit.Dan kepulangan aku kali ini adalah antara salah satu usahanya.

Alhamdulillah,kepulanganku ada kebaikan dan faedahnya kepada keluarga dan masyarakat kampung.Sesungguhnya aku banyak belajar sesuatu.Namun yang paling nikmat adalah bersembang dengan keluarga ,lebih-lebih lagi dengan ayah dan emakku.

Aku juga dapat pengalaman menyaksikan upacara penyembelihan lembu dari awal sehingga selesai di rumah pakcikku di Melor.Walaupun tidak banyak menolong,aku berasa cukup puas kerana ini merupakan pengalaman pertama aku.Nama saja budak kampong,tapi dah umur 21 tahun baru terbuka pintu hati untuk melihat orang sembelih lembu.Inilah generasi Y.Lebih senang berinteraksi dengan gadjet,handphone,laptop daripada berinteraksi dengan manusia.

Antara perkara menarik juga dalam keluarga aku adalah ada pelbagai aliran pemikiran.
Ayahku mewakili syafie,dia berpendapat pengamalan agama susah dan masih belum dapat memahami bahawa islam adalah agama yang mudah seperti yang disebut dalam hadis.Dia bercerita bahawa dia membaca buku karya imam ibnu Qayyim al-Jauzi,Tajuknya kalau tak silap,50 kesilapan dalam agama.Imam Qayyim banyak mengkritik pandangan imam Syafie dan ini memeningkan beliau.Beliau juga bertanyakan berkenaan jenis-jenis hadis dan apa itu hadis Ghorib.Dia seorang yang suka membaca buku dan banyak berzikir serta suka beribadat pada waktu malam.

Adikku salafi atau yang sewaktu dengannya,
Dia sering mendengar kuliah hadis yang disampaikan oleh Ust Asri Zainal Abidin dan maulana Asri.Mereka berdua memang diakui diminati ramai kerana penampilan,latarbelakang ilmu dan pendekatan yang digunakan ketika berceramah yang tidak bersifat menghukum tetapi memberi dalil dan hujah-hujah dan meninggalkan pendengar untuk membuat pilihan.Dia mengatakan islam amat mudah dan boleh memilih mana-mana pendapat yang dirasakan mudah.

Namun,alhamdulillah ketika berbincang,kami semua dapat berlapang dada dan menerima pandangan dari pihak yang lain.

Sementara adik-beradikku yang lain tidak begitu berminat mengenai hal-hal ini.
Umiku,dia seorang yang cerewet mengenai halal dan haram.Apa-apa berang atau makanan yang diragui akan terus ditinggalkan.Itu satu tindakan yang bagus.
Huda,seorang gadis yang baru menduduki spm pada tahun ini.Moga Allah memberkatinya dan menunjukkan jalan kepada hidayah-Nya.
Sarah dan munirah.Mereka berdua sekarang berada pada fasa-fasa transisi dari zaman kanak-kanak kepada zaman remaja.Apa agaknya yang mereka perlukan sekarang ye.Tambah-tambah munirah adalah anak bongsu.Pemikiran anak bongsu masih belum kufahami dan ini penting untuk aku memonipulasikannya untuk kebaikannya juga di masa hadapan.Moga Allah membersihkan perasan hasad dengki yang berada dalam hatiku.

Akhirnya,kepulanganku kali ini tidak menghampakan .Dakwah kepada ahli keluarga lebih utama daripada orang lain dan sedekah kepada ahli keluarga lebih baik daripada sedekah kepada orang lain.Banyak lagi yang ingin dikongsikan.Namun sekadar ini dahulu.Moga Allah member hidayah kepada kita semua


Ali G3.6,IIUM
10 Nov 2011

No comments:

Post a Comment