Pages

May 31, 2011

Don’t look other side



Dalam Quran Allah ada menyebut bahawa setiap manusia tidak akan dipertanggungjawabkan dengan dosa manusia yang lain.Pertama kali kita membaca ayat ini kita akan terfikir kalau begitu,tak perlulah aku mendakwahi manusia dan menyuruh mereka menyembah Allah dan melakukan kebaikan dan mencegah yang mungkar.

Ternyata itu adalah pandangan yang salah.Kalau kita tidak mendakwahi manusia maka kita telah menyalahi firman Allah yang menyatakan kita wajib menyeru manusia ke arah kebaikan iaitu menyembah Allah dan mengamalkan islam secara menyeluruh.

Jadi sebenarnya kita berdakwah bukan kerana kita akan menanggung dosa mereka,tetapi kalau kita tidak berdakwah kita akan menanggung dosa kita sendiri di akhirat kelak,iaitu dosa tidak berdakwah.

Berdakwah kepada manusia kelihatannya untuk menyelamatkan manusia yang lain,namun sebenarnya kita mahu menyelamatkan diri kita sendiri sebagai tujuan yang pertama dan sebagai tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka dunia ini.
Oleh itu apa saja kebaikan yang kita buat,apa saja yang kita beri,sedekahkan,sumbangkan sebenarnya untuk diri sendiri.Tengoklah kepada diri sendiri dahulu sebelum melihat kepada orang lain.Banyak yang kita boleh perbaiki diri kita sebelum kita menyalahkan orang lain.

Dalam Buku Fiqh Dakwah Mustafa Masyur ada mengatakan:

"Binalah islam dalam diri kamu dahulu,nescaya islam akan terbina disekeliling kamu"

“what you give,you get back”

“jari telunjuk yang menunding kepada kesalahan orang lain namun sebenarnya bakinya menunding kepada diri sendiri”

Kata Umar al-Khatab,Khalifah Islam yang kedua:Perhitungkanlah diri kamu sebelum kamu diperhitungkan”

Don't look from the other side,
don't look other fault,

Look from your side first!!!


No comments:

Post a Comment