Pages

Jun 3, 2011

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Tak dapat dinafikan bahawa hati ini milik Allah,
Kadang-kadang iman kita tinggi memuncak,
Namun ada masanya ia jatuh menjunam dan pecah berderai.

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Nabi dan sahabat diejek, disiksa,diboikot dan diperkotak-katikkan,
Tetapi mereka tidak sekali-kali menyerah,
Malah semakin yakin dan intim dengan Allah.

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Walaupun kadang-kadang kita berseorangan,
Sejarah telah membuktikan bahawa islam bermula dengan seorang,
Jangan terlalu memaksa kerana memaksa itu membawa kepada keburukan.

Hari ini kita kuat,esok hanya Allah yang tahu,
Hari ini kita bersemangat,lusa siapa yang tahu,
Jangan buruk sangka kepada rakan seperjuangan,
Pujuk,rayu,ajak mereka untuk berjuang dengan konsisten.

Sesungguhnya perjuangan ini tidak akan tegak dengan usaha dari seorang,
Ini saya buat,itu saya buat,semua saya buat,
Bersatu,dan gerakkan semua penggerak,
Agar kita tidak kehapusan pewaris kita dan penyambung.

Sesungguhnya Dakwah ini hanya menyeru manusia kepada Allah,
Sesungguhnya Dakwah ini membuatkan kita semakin rapat dengan pencipta kita,
Sesungguhnya Dakwah ini membuatkan kita memahami erti Kasih saying dan cinta,
Sesungguhnya Dakwah ini menjadikan kita menjadi hamba dan khalifah yang sebenarnya.

Ya Allah,tetapkanlah hati kami diatas jalan ini dan perbaikilah urusan umat islam,
Ya Allah kau kuatkanlah hati-hati kami dan sahabat-sahabat  kami untuk terus serius berjuang diatas jalan ini,
Ya Allah kau berikanlah hidayah kepada umat islam seluruhnya supaya menyembah-Mu,
Ya Allah kau hancurkanlah musuh-musuh agama-MU dan menangkanlah kami ke atas mereka.


No comments:

Post a Comment