Pages

Jun 14, 2011

Ujian di Jalan Dakwah

Sesungguhnya agama Allah ini pasti dan pasti akan kembali memimpin dunia.Meskipun masanya masih belum tiba.Keyakinan kita ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan kekuasaan akan kembali kepada orang Islam pada suatu masa sebelum berlaku Qiamat.

Namun persoalannya sekarang adalah adakah kita bersama dengan kafilah yang memperjuangkan Islam untuk kembali tegak atau tidak.Jangan menyangka dengan menjadi muslim,namun hanya duduk-duduk sahaja,kita sudah selamat dan terjamin kedudukan kita di akhirat kelak. 


Di atas jalan ini tidak dapat dinafikan banyak ujian,rintangan dan halangan yang akan ditempuhi oleh para pendokong dakwah.Musuh-musuh agama Allah ini tidak akan membiarkan sahaja para pendokong dakwah.Mereka akan bermati-matian menggangu mereka,menangkap,menyiksa,membunuh semata-mata untuk menghalang manusia daripada menyembah Allah dan segala kepentingan dunia mereka yang melampau itu digangu-gugat.


Disebabkan itu,ramai dari pendokong dakwah syahid,terkurung bertahun-tahun lamanya,cacat,lumpuh dan berbagai lagi.Namun mereka masih mampu bertahan oleh kerana akidah dan tauhid mereka kepada Yang Esa.


Ada yang berpendapat,ujian ini memberi kesan yang amat bahaya kepada dakwah,membataskan aktiviti,memperlahankan dakwah,bahkan boleh menghabisi dakwah itu sendiri.Disini dinukilkan beberapa coretan:

Ramai pendukung yang Syahid di jalan ini,dari satu aspek kita melihat ini adalah satu kerugian kepada dakwah keseluruhanya kerana sudah berkurangnya mereka yang bersungguh-sungguh  berdakwah.Namun secara positifnya,kejayaan dan impian bagi seorang daie adalah syahid di atas jalan dakwah ini dan kesyahidan mereka sebenarnya melahirkan ramai lagi daie yang bercita-cita menjadi sepertinya,kerana kesan dari perbuatan lebih kuat dari kesan dari percakapan.

       Ramai yang lari dari jalan ini kerana tidak dapat menahan ujian.Zahirnya mereka yang mahu beraksi untuk jalan ini semakin berkurang,namun hakikatnya barisan dakwah semakin kuat dan teguh dan bersih dari orang-orang yang lemah.Barisan dakwah semakin teguh dan utuh.Kemudian Allah menyatakan dia akan menggantikan kader-kader yang lari tadi dengan orang yang lebih baik dari mereka.Ini adalah keberuntungan untuk dakwah.
    
       Para pendukung dakwah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak mempunyai bukti dan asas yang kukuh.Ini adalah sesuatu yang tidak pelik kerana Rasulullah juga berhadapan dengan perkara yang sama,bahkan lebih banyak dan teruk.Namun apabila batil telah berhadapan dengan Haq pastinya batil akan mengalami kekalahan.Allah pasti membuka muslihat mereka dan menunjukkan kepada manusia siapa yang benar.


Demikianlah ujian di atas jalan dakwah ini merupakan sesuatu lumrah.Para rasul,nabi,sahabat,dan orang-orang sebelum kita telah membuktikan kecintaan mereka kepada Allah dengan sabar dan harap kepada Allah.Moga-moga Allah memberikan rasa kita kecintaan kepada-Nya dan kepada agama ini.Amin

1 comment:

  1. Kalau kerana bukan 3 hal, nescaya aku akan futur:
    1. Berpuasa di tengah hari yang panas,
    2. Bangun malam di malam yang dingin,
    3. Bertemu dengan sahabat seiman, untuk memetik mutiara dari mereka

    (Saidina Umar Al-Khattab)

    ReplyDelete