Pages

Jul 1, 2011

Peringatan Buat Diri Yang Serba Kekurangan

Wahai diri yang masih banyak tidak mengetahui,
Ketahuilah perjalanan ini masih panjang,
Janganlah terlalu-lalu tergesa
Janganlah terlalu menumpukan kepada sesuatu perkara
Seimbangkanlah
Kita tidak dituntut untuk melampau-lampau dalam apa-apa perkara sekalipun.

Wahai diriku yang naïf.
Sedarlah,
Usahamu tidak mendatangkan apa-apa hasilpun,
Kecuali sang Pencipta mengizikannya,
Jangan terlalu percaya dengan kebolehan diri,
Usaha hanya ikhtiar
Keputusannya tetap berada di tangan Allah.

Wahai diriku yang kurang mengerti,
Sabarlah dalam mendidik,
Jangan terlalu memaksa,
Jangan cepat menyerah,
Jangan merasa telah gagal jikalau tiada perubahan
Walau sudah berusaha dan member
Jangan terlalu mengharapkan balasan dari dunia
Ingatlah,balasan yang sempurna hanya di tempat yang abadi.
Sabar!

Wahai diriku yang masih muda,
Kamu perlu tahu,
Allah hanya menanyakan kualiti usaha kamu,
Allah sama sekali tidak bertanya hasilnya,
Kerana itu hanyalah satu ujian menguji ikhlas kita,
Beramal kerana sapa?
Kalau beramal kerana Allah maka Allah yang diharapkan,
Jangan berhenti,terus bergerak dengan sebaik mungkin,
Walau revolusi yang diharapkan nun jauh di hadapan.

Wahai diri yang mendapat banyak nikmat,
Berdakwahlah kepada manusia dengan penuh kasih sayang,
Jangan mencaci dan mengeji mereka kerana maksiat yang mereka lakukan,
Namun kasihani dan simpatilah kepada mereka,
Mereka tidak mengetahui,
Contohilah rasulmu,
Baginda mendoakan kebaikan penduduk thaif walau teruk dibalingi batu.

Wahai diri yang masih belum memahami,
Dekatkanlah diri kamu kepada Allah,
Bukankah Dia yang paling berkuasa,
Menciptakan segala-galanya,
Kenapa kamu belum bersungguh meminta dan berdoa kepadanya,
Kenapa kamu belum rindu dengan-Nya,
Kenapa masih belum khusyu’ apabila bersolat.


Wahai diri yang ragu-ragu,
Sedarilah masa depan kita ialah apa yang kita lakukan hari ini,
Muhasabahlah,
Jangan biarkan hari-hari yang berlalu kosong
Rancang dan ikutinya,
Allah bersama dengan orang yang berjihad mengubah kemungkaran.

Wahai diri yg selalu lupa,
jagalah Allah
nescaya Allah akan menjagamu.



No comments:

Post a Comment