Pages

Apr 21, 2010

Menjadi kosong kembali


Pengalaman menyertai program di sekolah berasma penuh 16April-18April 2010 di Rawang memberi pengalaman berguna bagi saya.Ada sesuatu yang amat istimewa di sini.Sekolah yang di naik taraf dari sekolah menengah agama ini terletak di Bandar Tasik puteri.Mengambil masa lebih kurang 50 minit dari UIA Gombak.Walaupun baru di naik taraf namun ia berjaya membuktikan kemampuannya di peringkat kebangsaan dari segi kecemerlangan akedamik apabila berjaya mendapat tempat ke-enam Sijil Pelajaran Malaysia.Terletak jauh dari bandar memberi impak yang positif kepada pelajar apabila dapat memberi fokus yang lebih kepada aktiviti-aktiviti di sekolah.Salah satu pendekatan pihak sekolah yang dilihat amat membantu pelajar dari segi membentuk akhlak pelajar ialah pelajar-pelajar telah diatur dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti solat berjamaah lima waktu,solat hajat,bacaan ma’surat,ta’lim,usrah,bacaan quran dan Program Tamrin yang berkala iaitu sekali setiap tahun.
    
    kami kali ini diamanahkan menguruskan program tamrin ataupun dinamakan Akedemi Kesyumulan Islam yang melibatkan pelajar tingkatan 4.Bilangan pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar yang paling ramai di dalam sekolah iaitu 180 orang.Pelajar lelaki ialah 100 orang dan selebihnya ialah perempuan iaitu 80 orang.pelajar lelaki dipecahkan dalam 10 kumpulan dan setiap kumpulan akan di kawal selia oleh seorang fasilitator dan saya merupakan salah seorangnya.Ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai program sebegini sebagai Facilitator.Saya juga diamanahkan untuk memberi tazkirah maghrib tentang bahaya lidah di masjid sekolah pada hari pertama tentang bahaya lidah.Satu tugas yang amat mencabar.Antara program  yang telah di atur pada hari pertama iaitu hari jumaat ialah sesi “ice breaking”, curahat dan ceramah yang bertajuk Syahadatain.Hari kedua menyaksikan jadual yang lebih padat bermula dari Qiammullai berjamaah,solat subuh,ma’tsurat,kuliah subuh “menyingkap jendela umat islam masa kini” yang disampaikan oleh abang Helmi,Riadhah,ceramah2:Ghazwatul Fikr yang disampaikan oleh abang Nasri,LDK2(berkenaan tajuk kesyumulan islam dan Ghazwatul Fikri),10 muwasafat,ikhtilat,dan tafsir surah Mu’minun.Hari ketiga iaitu hari terakhir lebih kepada resolusi program.selepas tazkirah Risalah Dhuha yang disampaikan oleh akh Wan Salahuddin pelajar dibenarkan melelapkan mata memandangkan tidur yang tidak cukup malam semalamnya.Resolusi pada sesi seterusnya lebih kepada aplikasi ilmu yang telah didapati dari program dan ingin diamalkan dalam kehidupan seharian.Contohnya saya ingin berqiammullai sekali seminggu ataupun ingin membaca quran 5 muka sehari.Dengan slot tersebut peserta diharapkan dapat meneruskan keseinambungan amalan yang telah di amalkan di dalam program supaya ia bertukar menjadi tabiat yang menghiasi kehidupan seharian kita.
    
       Saya secara peribadinya berasa kekerdilan yang amat sangat apabila menyertai program ini.Banyak lagi ilmu yang perlu di baca dan digali dan perlu difahami untuk memberi kefahaman kepada orang lain.walaupun kadang-kadang saya berasa tidak mampu untuk membawa ahli kumpulan saya memahami islam namun saya gagahkan diri dan menjadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk tidak henti-henti membaca dan menimba ilmu sebagai antara sumbangan kepada ummat dalam memartabatkan islam kembali.Ya Allah kau jadikanlah aku rajin menuntut ilmu untuk memberi kefahaman kepada ummat islam dan kau terimalah amal kami yang sedikit ini dan sentiasa menetapkan kami di atas jalan keimanan.Amin.