Pages

Mar 2, 2010

Waktu adalah Kehidupan


Perjalanan ke kelantan melalui kereta api memakan masa 18 jam.Wah,lamanya biar betul.Tetapi begitulah hakikatnya.Kerana masalah teknikal menyebabkan ia lambat beberapa jam.Sepatutnya ia hanya memakan masa 13 jam.Namun perjalanan kali ini begitu menyeronokkan,walaupun tidak sempat menghabiskan 3 biji buku seperti yang dilakukan sebelum ini.Namun kali ini aku dapat mengenali seorang budak comel bernama Faizal Hakimie.Perjalanan yang lama dirasakan sebentar sahaja.Mendengarnya bercoletah menceritakan pengelamannya dan hobi memancingnya amat menghiburkan.Teringat zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni,keriangan dan keseronokan.Dibesarkan di dalam sekolah,kerana ayah seorang cikgu,tidak seperti budak-budak kampung yang lain.Namun zaman senag-lenang sudah berlalu.Sekarang adalah masa untuk berjuang.Tidak ada masa untuk rehat sebenarnya.Benarlah kata Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang pertama Hasan al-Banna bahawa kewajipan kita lebih banyak dari waktu.Kadang-kadang pernah terfikir betapa beratnya beban dakwah ini.Adakah ia akan membuahkan hasil.Menelusuri masyarakat di bandar besar sudah cukup memualkan sehinggakan terlintas di fikiran adakah suasana akan berubah jika aku berdakwah? Kadang-kadang diri ini rasa seakan mahu hanyut,larut bersama suasana.Tetapi mujurlah masih ada sahabat seiman yang sudi menghulurkan tangan membantu menarik ke jalan yang benar.Teringat bahawa tugas manusia hanya bekerja kerana Allah menilai melalui kualiti sesuatu kerja bukan hasilnya.Sesungguhnya Allah sebaik-sebaik hakim.

JALAN RAYA-WASILAH TARBIAH?

Assalamualaikum...salam 1 Malaysia dan salam 1 Muslim
Alhamdulillah,hari yang menyakitkan hati dapat dilalui dengan kesabaran yang tak berapa sabar.Kecuaian selagi lagi mengundang padah.Walaupun masih belum membarah,namun ia cukup mencetus marah.Beberapa hari yang lepas saya mengambil peluang cuti Tahun Baru Cina untuk menghantar barang-barang yang agak banyak  jugaklah.Oleh kerana hanya mungkin tinggal seminggu lebih saja lagi saya berada di Nilai, maka saya mengambil langkah proaktif menyewa kereta untuk urusan pemindahan barang-barang.Namun saya hanya merancang, Allah jualah yang menentukan,ditemani oleh sahabat saya saya saya sayangi,kami menempuhi banyak halangan dan masalah di sepanjang perjalanan.Bermula daripada disaman, sesat jalan, panas yang amat terik.bayaran minyak dan sewa yang agak menggoncangkan iman dan akhirnya tertinggal sesuatu barang amanah yang amat penting di rumah pak cik saya di Kepong.Akhirnya keesokan harinya terpaksa saya pergi ke rumah pak cik saya sekali lagi bersama roommate saya dengan motor yang road taxnya dah mati tahun lepas dan kali ini lagi dashat. Dengan keadaan jalan di Kuala Lumpur yang amat banyak kereta,ditambah pula kami tersilap pilih jalan (masuk ampang & PJ dulu dari Nilai untuk ke kepong,sepatutnya tak perlu pun)sehinggakan kami terlewat dalam 20-30 minit.Walaupun kami telah mengikut signboard namun ternyata signboard berjaya menipu kami.Sampaikan saya hairan dan menggangap jalan di KL ini berhantu (jangan percaya).Namun tarbiah di jalanan ini amatlah dasyat, dan saya baru tahu realiti sebenarnya        (mungkin la).Dengan kepanasan yang amat panas,jalan yang jem,pemandu dan penunggang yang tak berhemah,dahaga,letih dan macam-macam lagi.Saya tak dapat bayangkan satu hari di mana saya bekerja di KL dengan keadaan yang macam ini.Apapun saya bersyukur dapat sampai.