Pages

May 31, 2011

Kuliah Umdatul Ahkam-Kaifiah Solat Rasulullah



Setiap selasa malam-ADM LR 9 UIA Gombak
Antara catatan yang sempat saya catat ketika pergi ke kuliah tersebut adalah:


1. Rasulullah tidak bersegera sujud dari I’tidal


2. Rasulullah meringankan bacaan tetapi sempurna ketika menjadi imam.


3. Imam Mukim/Imam masjid yang bertugas lebih afdhal menjadi imam daripada jamaah lain walaupun dia seorang yang lebih bagus bacaannya.




4. Duduk dahulu [selepas sujud] sebelum bangun untuk rakaat seterusnya [جلسة استراحية]
a. Imam Safie mengatakannya mustahab
b. Imam hanafi dan Malik mengatakannya harus sahaja.


5. Rasulullah ketika sujud para makmun dapat meluhat putihnya ketiak nabi.
a. Rasulullah merenggangkan dan melebarkan tangannya
b. Rasulullah seorang yang pembersih.


6. Imam Ahmad berpendapat perempuan tidak termasuk dalam hadis yang melebarkan tangannya.


7. Albani pula mengatakan hadis perempuan merapatkan tangannya ketika sujud adalah Dhaif


8. Rasulullah solat didalam masjid menggunakan alas kaki.Namun keadaan zaman kita sekarang masih belum dapat diamalkan sunah ini.

No comments:

Post a Comment