Pages

May 29, 2011

Ubah diri Sendiri


Mujahadah untuk berubah
1.ubah diri sendiri bukanlah sesuatu yang mudah.Mesti ada strategi yang teliti dan di evaluasi dari semasa ke semasa.

2.Mesti selalu ingat bahawa setiap masalah sebenarnya berpunca dari diri kita.Kata ahli sufi”jika ada orang yang membaling batu kepadamu,perkara pertama bukanlah bertanya dan marah kepada si pembaling batu,namun bertanya kepada diri sendiri,“ apa salah yang aku buat kepadanya”.
Kata Mustafa Masyhur:tanamkanlah islam dalam diri kamu dahulu,nescaya Islam akan terbina di sekeliling kamu.

3.Usaha memperbaiki diri mestilah seiring dengan menyeru orang lain.

4.Mujahadah amatlah diperlukan untuk mengubah diri.



5.Kadang-kadang kita sudah ada kehendak namun kemampuan kita belum sampai.Oleh itu jangan kecewa jika perubahan yang kita mahukan masih belum dapat kita laksanakan.Yang penting kita telah membina langkah pertama untuk kita sampai kepada langkah yang terakhir.

6.Muhasabah diri setiap hari adalah sesuatu yang dituntut dalam islam untuk melihat pencapaian diri.
Kata Umar al-Khatab“hasibu anfusakum qabla an tuhasabu.Dinasihatkan setiap hari untuk bertanya kepada diri sendiri apa yang telah dibuat pada hari tersebut.

7.Plan untuk berubah,letakkan target.Contohnya:
ali tidak pernah membaca buku dalam seminggu,sekarang dia meletakkan target satu hari dia mahu membaca lima muka surat.

8. Plan your work and Work your plan
Banyak orang sudah merancang namun tidak menjalankan apa yang dia telah rancang.Oleh disitu untuk memastikan apa yang dirancang dapat dibuat,dia mestilah meletakkan target yang sederhana dan tidak terlalu tinggi.

Akhir kata mestilah selalu berdoa kepada Allah supaya kita mampu utnuk berubah dan istiqamah.Jika kamu sudah bermujahadah dan berusaha bersungguh untuk menjalankan apa yang telah dirancang nescaya Allah akan membuka jalan kemudahan untuk sampai kepada tujuan

“Dan orang-orang yang berjihad di jalan kami nescaya kami akan tunjukkan jalan kami”

Selamat berubah!!!
Anda mampu melakukannya


No comments:

Post a Comment