Pages

May 24, 2011

Profesor Emiretus



Ramai pelajar yang tidak tahu apa beza antara Doktor,Profesor,Profesor Madya dan juga Profesor Emeritus.Saya ingin berkongsi maklumat ini dengan sahabat-sahabat apa yang saya faham dari penerangan cikgu kami,cikgu Zubir di dalam kelas Bahasa Melayu pagi tadi.


Rasanya elok saya terangkan dalam bentuk cerita.




Seorang pelajar di Malaysia apabila tamat sekolah menengah maka dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS tempatan dan luar negara.Bermula dari Diploma/matrik/asasi,kemudiannya dia akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.Kebiasaannya memakan masa selama empat tahun.


Setelah itu,dia akan melanjutkan pelajarannya ke tahap master.Namun kebanyakan daripada pelajar di Malaysia ketika ini memilih untuk terus bekerja.Apapun bagi mereka yang mendapat keputusan yang baik di peringkat ijazah sarjana muda mungkin bertuah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat master dengan percuma.Ditanggung oleh kerajaan atau pihak universiti.Fuh,harap-harap kita sama-sama dapat yang ini.Biasanya mereka yang mengambil master sepenuh masa memakan masa dua tahun.


Habis Master,Phd menunggu.Masa yang diambil juga lebih kurang dua tahun bergantung kepada supervisor.
Selepas membentangkan kertas kerja dan lulus,maka pelajar tersebut akan mendapat gelaran Doktor.


Setelah melalui tahapan doktor,akan mendapat gelaran Profesor Madya atau Ass.Profesor.Kemudian naik lagi kepada Professor.Setelah beberapa lama dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan,maka pelajar tadi akan menjadi Profesor Emeritus.


Nampak mudah kan?Namun ia memerlukan perancangan rapi dan pengorbanan yang tidak sedikit.
Moga-moga saya sampai ke peringkat tersebut suatu hari nanti insya-Allah.Amin.

No comments:

Post a Comment