Pages

May 28, 2011

Sahabat

Sahabat...
ketahuilah,aku belum pernah merasakan nikmat mempunyai sahabat.
sahabat yg betul-betul memahami diri ini,
Bila manusia menyebut tentang sahabat sejati,
ku terfikir,
Mungkin ia hanya dongengan manusia.




Sahabat,
Bila ku berjumpamu ternyata pandanganku salah,
ternyata kau adalah sahabat yang sebenarnya.
senang kita pikul bersama,
senang kita jinjing bersama.


Sahabat,
Hari-hari yang dilalui bersamamu dirasakan cukup indah,
Segala masalah dikongsi bersama,
bergurau tanpa melampau,
berjenaka menghidupkan suasana,
saling memotivasi,menasihati kearah kebaikan.


Sahabat
Adakah persahabatan kita ini kerana Allah?
Adakah ukhuwwah kita disebabkan Allah.
kerana hanya persahabatan dan ukhuwwah fillah sahaja yang kekal.




Sahabat
Oleh kerana aku sayang kepadamu maka ku tegur,
Disebabkan aku ambil berat kepadamu maka aku nasihat
Kalaulah kau marah kepadaku disebabkan itu maka aku redha.


Sahabat,
Adakalanya Allah menguji kita.
Hari ini gembira,
Esok berduka,
Kemudian bergembira kembali,
Ini adalah lumrah kehidupan di dunia.


Sahabat,
Ketahuilah,
Jika kau bersedih hari ini aku turut bersedih,
jika kau menangis hari ini aku turut menangis,
Namun tatkala kau grmbira aku turut gembira.




Sahabat.
dengarlah,
kata-kata ini.


"AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH"

No comments:

Post a Comment