Nov 25, 2010
Mampukah aku Istiqamah menulis blog?
May 16, 2010
Pilih Yang Mana?
May 1, 2010
Jom bina kekuatan Ruh
Gerun!!!
![]() |
| Antara berita yang sering dipaparkan di media pada hari ini. |
Apr 21, 2010
Menjadi kosong kembali
kami kali ini diamanahkan menguruskan program tamrin ataupun dinamakan Akedemi Kesyumulan Islam yang melibatkan pelajar tingkatan 4.Bilangan pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar yang paling ramai di dalam sekolah iaitu 180 orang.Pelajar lelaki ialah 100 orang dan selebihnya ialah perempuan iaitu 80 orang.pelajar lelaki dipecahkan dalam 10 kumpulan dan setiap kumpulan akan di kawal selia oleh seorang fasilitator dan saya merupakan salah seorangnya.Ini merupakan pengalaman pertama saya menyertai program sebegini sebagai Facilitator.Saya juga diamanahkan untuk memberi tazkirah maghrib tentang bahaya lidah di masjid sekolah pada hari pertama tentang bahaya lidah.Satu tugas yang amat mencabar.Antara program yang telah di atur pada hari pertama iaitu hari jumaat ialah sesi “ice breaking”, curahat dan ceramah yang bertajuk Syahadatain.Hari kedua menyaksikan jadual yang lebih padat bermula dari Qiammullai berjamaah,solat subuh,ma’tsurat,kuliah subuh “menyingkap jendela umat islam masa kini” yang disampaikan oleh abang Helmi,Riadhah,ceramah2:Ghazwatul Fikr yang disampaikan oleh abang Nasri,LDK2(berkenaan tajuk kesyumulan islam dan Ghazwatul Fikri),10 muwasafat,ikhtilat,dan tafsir surah Mu’minun.Hari ketiga iaitu hari terakhir lebih kepada resolusi program.selepas tazkirah Risalah Dhuha yang disampaikan oleh akh Wan Salahuddin pelajar dibenarkan melelapkan mata memandangkan tidur yang tidak cukup malam semalamnya.Resolusi pada sesi seterusnya lebih kepada aplikasi ilmu yang telah didapati dari program dan ingin diamalkan dalam kehidupan seharian.Contohnya saya ingin berqiammullai sekali seminggu ataupun ingin membaca quran 5 muka sehari.Dengan slot tersebut peserta diharapkan dapat meneruskan keseinambungan amalan yang telah di amalkan di dalam program supaya ia bertukar menjadi tabiat yang menghiasi kehidupan seharian kita.
Saya secara peribadinya berasa kekerdilan yang amat sangat apabila menyertai program ini.Banyak lagi ilmu yang perlu di baca dan digali dan perlu difahami untuk memberi kefahaman kepada orang lain.walaupun kadang-kadang saya berasa tidak mampu untuk membawa ahli kumpulan saya memahami islam namun saya gagahkan diri dan menjadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk tidak henti-henti membaca dan menimba ilmu sebagai antara sumbangan kepada ummat dalam memartabatkan islam kembali.Ya Allah kau jadikanlah aku rajin menuntut ilmu untuk memberi kefahaman kepada ummat islam dan kau terimalah amal kami yang sedikit ini dan sentiasa menetapkan kami di atas jalan keimanan.Amin.
Mar 2, 2010
Waktu adalah Kehidupan
JALAN RAYA-WASILAH TARBIAH?
Feb 8, 2010
Jan 26, 2010
Security After Die
Assalamualaikum…ya akhi sekalian moga sentiasa barada di bawah lindungan Allah Taala.
Saya teringin untuk menceritakan satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya, satu pengalaman yang membuatkan saya berfikir betapa kerdilnya saya di hadapan Allah,satu pengalaman yang membuatkan mindset saya berubah.
Cerita ini berlaku pada awal semester tahun kedua pengajian saya di pusat asasi UIA Nilai.dipendekkan cerita bilamana kami mendapat biasiswa,semua wang kecuali yang saya sempat belanjakan sedikit saja dicuri dan ia berlaku kerana kecuaian saya meletakkan kad matrik saya di atas meja sahaja tanpa meletakkannya ditampat yang selamat.Disitulah baru saya menghargai dan memahami apa itu erti keselamatan or we call it safety in english.
Kita sentiasa menginginkan keselamatan dalam hidup kita sehari-hari, keselamatan dari pelbagai aspek.keselamatan diri,keselamatan keluarga,keselamatan harta dan macam-macam lagi.Namun kadang-kadang kita lupa apakah kita akan selamat di akhirat kelak.Apakah kita akan masuk ke syurga yang penuh dengan kenikmatan ataupun dihumbankan ke neraka yang penuh kepedihan.
Namun kebenyakan kita pada hari ini tidak melihat keselamatan akhirat itu sesuatu yang perlu didahulukan serta dilebihkan perhatian mengatasi keselamatan dunia yang tidak pernah selamat ini.
"kenikmatan Allah dalam bentuk menghindarkanku dari dunia lebih utama daripada kenikmatan-Nya berupa pemberiannya dalam urusan dunia" (Abu Hazim, Siyar A'lam Nubala,6/985)
"Sesungguhnya orang-orang sebelum kami mereka menjadikan dunia sebagai sisi dari kepentingan akhirat mereka, sementara kalian menjadikan akhirat sebagai sisa dari kesibukan dunia kalian.(Aun bin Abdillah,tabi'in,sifatush Shafwah,3/101)
Zainal Abidin Ali bin Al Hesein pernah ditanya, "siapakah orang yang paling terancam bahaya?"Dia menjawab orang yang tidak melihat dunia sebagai bahaya untuk dirinya (uyun Akhbar,2/230)
Lari dari dunia tidak bererti kita meninggalkan dunia secara keseluruhan kemudian membiarkannya dikuasai oleh orang-orang yang menghambakan dirinya pada nafsu, sementara kita berada dalam keadaan miskin,melarat dan tidak dapat menyumbang kepada masyarakat.Lari dari dunia bererti tidak menjadikan dunia sebagai matlamat utama,cita-cita akhir dalam hidup.
( من كان يريد العاجلة عجلنا له فيها ما نشاء لمن نشاء لمن نريد ثم ثم جعلنا له جهنم يصلىها مذموما مدحورا ) surah Isra' ayat 18
Sesiapa Yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya Dalam dunia apa Yang Kami kehendaki, bagi sesiapa Yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya Dalam keadaan Yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
ألهىكم التكاتر (1) حتى زرتم المقابر(2) كلا سوف تعامون(3)ثم كلا سوف تعلمون (4) كلا لو تعلمون علم اليقين (5) لترون الجحيم (6) ثم لترونها عين اليقين (7) ثم لتسئلن يومئذ عن النعيم (8)
1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
2. Sehingga kamu masuk kubur.
3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya Yang buruk semasa hendak mati)!
4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya Yang buruk pada hari kiamat)!
5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa Yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan Yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara Yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).
6. (ingatlah) Demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka Yang marak menjulang.
7. Selepas itu - Demi sesungguhnya! - kamu (Wahai orang-orang Yang derhaka) akan melihatnya Dengan penglihatan Yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
8. Selain dari itu, Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang Segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Ingatlah wahai sahabatku & saudaraku
MATI ITU PASTI
Dec 26, 2009
Tragedi Emosi Krismas
“Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu.
Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama.
“Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali.
“Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau.
“Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. Katakanlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang ziarah ke rumah awak. Masa baginda duduk di ruang tamu, awak nak letak tak patung Santa Claus tu di situ? Atau awak nak sembunyikan?” saya mencuba ‘rawatan’ alternatif.
Pelajar yang bertanya, dan rakan-rakan yang lain ketawa.
“Hah, nak beli lagi ke?” sergah Masri kepada pelajar tersebut.
“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]
Ya, tak usahlah jauh sangat mencari hukum. Panduan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu pun sudah memadai. Kalau sesuatu yang mahu kita lakukan itu mendatangkan resah kepada diri, dan kalau boleh jangan ada sesiapa pun yang tahu, Insya Allah, DOSA jualah namanya perbuatan itu.
DISEMBER DI BARAT
Sepi di pagi Krismas di Belfast, boleh membunuh insan yang hidup dalam putus asa
Berada di Ireland pada bulan Disember, menjadikan kita keliru.
Sambutan Krismas bukan sebarangan. Kalau di Belfast, Galway dan Dublin, seawal 1 Disember, jalan-jalan utama sudah cantik dihias. Jualan murah di semua pasar raya. Santa Claus dan rusa-rusanya berada di mana-mana. Siapa yang tidak teruja?
Semuanya Krismas. Santa Claus, hadiah, membeli belah dan kad kredit!
MERRY KUFUR!
Tetapi saya tidak rasa ada iman di sebalik perayaan Krismas. Tidak ada unsur-unsur yang mengajak penganut Kristian, baik Katholik mahu pun Protestan, untuk mendekatkan diri kepada ‘tuhan’ mereka, kepada Jesus Christ. Krismas adalah pesta, kegembiraan dan keseronokan, serta kekecewaan dan kemurungan untuk homeless community.
Erti Krismas bagi orang Kristian, adalah terlalu jauh dari Tuhan, Isa dan Bible. Unsur pesta dan kewajipan berkumpul bersama keluarga, mendominasi suasana yang menyelubungi Krismas.
Kerana itulah, Sheikh Abd Rahim Green semasa berceramah di Masjid Dublin, kecewa dengan sikap umat Islam yang sibuk mahu mengucapkan Happy Christmas kepada orang Kristian.
“Kamu tahu apa ertinya ia kepada kami, para revert yang dahulu Kristian kini Islam? Apabila kamu mengucapkan Happy Christmas kepada mereka, yang kami dengar hanyalah Happy Kufur, Happy Syirik!” kata beliau.
TERBALIK
“Hairan ana, kalau kat Malaysia orang muda penuh berkumpul di stesyen bas dan keretapi untuk balik kampung. Tapi di sini, orang tua-tua pula yang penuh di stesyen untuk ke rumah anak-anak” saya mengadu kepada Nasreel, rakan serumah di London.
Kaget dengan pemandangan orang tua-tua beratur menaiki keretapi di stesyen Paddington menuju ke barat England.
“Biasa la ustaz. Londoners la katakan!” jawabnya sambil tersenyum.
Pemandangan di Heathrow juga tidak banyak berbeza. Ibu bapa mendamba diri ke rumah anak-anak.
KESYAHDUAN BUKAN KERANA AGAMA
Krismas juga menjadi hari derita bagi mereka yang tidak berkeluarga. Kadang-kadang saya sedih melihat keadaan diri mereka yang merayau dan merempat di lorong-lorong Belfast. Tidur entah ke mana, makan tak tahu cerita. Kebanyakkan melepaskan masalah hidup dengan ketagihan. Ketagih arak, atau dadah, atau seks… entahlah.
Namun ramai golongan homeless yang membunuh diri di musim Kristmas. Christmas Carol yang didendangkan, seperti irama neraka yang membunuh jiwa. Mereka tiada keluarga untuk dituju. Sepi dan keseorangan menghabiskan sisa-sisa hidup yang tiada makna. Perasaan mereka mungkin seperti perasaan sesetengah kita ketika mendengar Takbir di Hari Raya. Sedih… dengan kesedihan yang tidak datang dari iman.
KRISMAS DAN RAYA
Kadang-kadang saya terfikir, nasib Krismas dan Hari Raya tidak banyak berbeza. Kedua-duanya ditunggu oleh penganut agama masing-masing, tetapi bukan untuk membesarkan Tuhan. Krismas dan Hari Raya hanyalah sebuah pesta tahunan. Krismas dan Hari Raya adalah hari syahdu bukan pada muhasabah diri yang berdosa atau perpisahan dengan Ramadan yang meragut hari-hari keampunan. Krismas dan Hari Raya hanyalah hari rindu warga kota menebus dosa meninggalkan kekeluargaan dan persaudaraan selama ini.
Tangisan bukan tangisan iman. Senyum ketawa tiada kena mengena dengan Tuhan. Sama ada Kristian dengan Krismasnya, atau Muslim dengan Hari Rayanya, agama sudah diadatkan.
KRISMAS DI MALAYSIA
Saya jelek melihat warga kota di KL menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat.
Apabila menonton NTV7 dan 8TV, saya semakin jelek dengan gelagat ‘orang-orang urban‘ yang terdesak untuk menjadi Barat. Desperado!
Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.
Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem’perang’kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.
Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina. Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan ‘harapan’, sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.
Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan.
Malaysia dan perangainya melahirkan hamba hiburan dan pesta. Orang-orangnya mahu memalsukan semua agama dari soal iman dan pencarian terhadap hakikat kebenaran, kepada adat resam dan budaya semata-mata, adat resam yang tiada kena mengena dengan Timur, tiada kena mengena dengan Islam.
Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Laporan akhbar METRO Ramadhan 1429 ini, mencapai kemuncak apabila anak Muslim berbangsa Melayu, berpuasa dan berbuka puasa dengan arak! [Laporan 1] [Laporan 2]
Inilah beban derita, berfikir tentang agama manusia di akhir zaman.
from www.saifulislam.com
.jpg)