Pertembungan fikrah dan cara pembawaan boleh menjadikan dua
pihak berselisih dalam senyap bahkan boleh sampai ke peringkat peperangan.Kita
lihat dalam sejarah Islam banyak fikrah atau ideologi samada akidah atau feqah
atau rohani sekalipun bertelagah sehinggakan tahap kafir mengkafirkan antara
mereka.Oleh itu penting untuk kita mengulas isu ini kerana dalam medan dakwah
dan tarbiah juga wujud isu-isu ini bahkan ia merupakan sesuatu yang biasa
berlaku . Walaupun begitu matlamat mereka tetap sama.Kemungkinan aura yang
disebut oleh mereka yang pakar dalam ilmu kemanusian atau motivasi ada kaitan
dalam isu ini.
Manusia sentiasa mahu orang lain sama dan bersetuju dengan
mereka.Jika tidak mereka akan mengangap orang tersebut lawan mereka atau
saingan mereka.Sedangkan dalam quran Allah sudah menafikan bahawa manusia akan
bersatu dan juga ada disebut dalam hadis.Cuma kita bersatu dalam hadaf bukan
pada mekanisma dan cara pembawaan.Kita boleh bersetuju dan kita boleh
berselisih.Di sisnilah pentingnya peranan berlapang dada yang menjadi mekanisma
ukhuwwah yang paling bawah.
Antara fasa dalam dakwah ialah apabila seorang anggota itu
sudah merasa dirinya mempunyai pengalaman yang banyak dan fikrah yang sudah dia
yakini dan merasakan ia adalah fikrah yang betul.Seolah-olah dai merasakan dia
sudah mempunyai pegangan yang kuat dan identity diri yang jelas.
Namun begitu,harus diingat,kadang-kadang keadaan ini tidak
terlalu tepat kerana boleh jadi kita akan melihat dia akan menukar pendiriannya
dalam tempoh masa yang amat singkat setelah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang
berada di sekitarnya seperti sahabat rapat,Ustaz yang dia hormat atau seorang
tokoh yang dia sanjung.Namun jika dia mendengar idea yang sama dari saingannya
fikrah dan lawan cara pembawaannya,dia cenderung untuk menidakkannya tanpa
mendengar terlebih dahulu.
Oleh itu,pentingnya kita mendengar dari lawan dan kawan,dan
pentingya kita merasakan ilmu dan kefahaman kita masih banyak kelemahan dan
ruang yang perlu diperbaiki.Buangkan ego dalam diri kita,rendahkannya dan
berlapang dadalah serta mintalah hidayah dari Allah.Jauhilah orang-orang yang
jahil dengan cara terhormat kerana ia boleh membuang banyak masa,tenaga dan
keberkatan.
Kita bimbang seseorang yang sudah mempunyai banyak kefahaman
dan penngalaman dalam dakwah dan tarbiah sudah tidak mahu mendengar dari orang
lain.Ingatlah teguran seorang budak yang menjadi jurucakap kaumnya ketika
diminta oleh Umar bin Abdul Aziz untuk memberikan laluan kepada orang yang
lebih muda maka dia menjawab: “Jika masalahnya adalah usia tentu ada orang yang
lebih layak dari kamu untuk menjadi khalifah”.Bahkan yang lebih malang jika dia
menjadikan ilmunya untuk memberi alasan atau justifikasi tidak berbuat dalam
medan amal.Moga Allah menjauhkan kita dari amalan tersebut.