Kadang-kadang dalam fasa dakwah ini kita ditawarkan dengan
tugasan yang pelbagai yang berat dan memerlukan komitmen dan kesabaran yang
banyak.Tidak ada yang sanggup menerima dan menyambutnya kecuali kita.Atau kita
cenderung untuk menerimanya kerana ia paling dekat dengan kemampuan dan minat
kita.Kemudaian kita melaksanakan tugasan dan amanah tersebut sehabis yang kita
mampu.
Kemudian ketika sesi muhasabah,kita mendapat kritikan yang keras dan teguran yang kasar atau sindiran yang tajam dari apa yang sudah kita kerjakan dalam satu tempoh tertentu.Apakah perasaan kita pada masa itu? kita akan merasakan usaha kita selama ini tidak dihargai, penat lelah kita seolah-olah tidak ada nilai sedikit pun di pandangan mata orang lain.Hati kita remuk,seperti remuknya tin minuman yang dipijak.Sakit yang amat sehingga menjadikan kita pesimis dan sinis dengan sahabat-sahabat yang berjuang bersama-sama dalam gerabak yang sama.
Hal ini lebih teruk jika ramai ahli dakwah dan tarbiah yang
lain hanya melihat namun tidak membantu.Hanya menunggu tetapi tidak
bertanya.Hanya mahu disuap tetapi tidak mahu sama-sama menyuap.
Tidak ada sistem
sokongan yang bagus banyak merencatkan pertumbuhan dakwah.Hal ini jika
dibiarkan akan menyebabkan kefuturan si pekerja tersebut.Bahkan dia seolah-olah
tidak wujud walaupun dia masih berada
berdekatan.
Kita menyaksikan dalam fasa ini,ada ikhwah yang mengalami
masalah kewangan yang serius,masalah study sehinggakan mendapat pointer cukup-cukup makan bahkan ada yang terpaksa berhenti dan menukar kursus lain, masalah keluarga, masalah
kesihatan yang kronik,namun mereka ini mendapat tauzif yang tidak sedikit tetapi tidak dipedulikan dan dibincangkan permasalahan mereka itu.Jelas,ini adalah satu
bentuk kezaliman dalam ukhuwwah dan tarbiah.
Untuk membina sistem sokongan yang bagus memerlukan banyak
kriteria antaranya umur pekerja dakwah dan tarbiah mestilah tidak terlalu
jauh,tempat belajar yang sama,kecenderungan yang sama, saling menyangi dan
mencintai,saling menunaikan hak-hak ukhuwwah antara mereka berada di mustawa
yang sama dan dipantau oleh murabbi yang berpengalaman dan peduli dengan apa
yang berlaku.
Mereka ini berperanan sokong menyokong antara mereka,bertanya ketika tidak kelihatan,tempat mencurahkan perasaan dan kebingungan,tempat beramal jamaie bersama,dan tempat meminta pertolongan.Mereka saling memahami,jika ada yang membuat kesilapan mereka menegur dengan berhikmah,jika ada yang terlalu lambat akan ada yang melajukannya,dan jika ada yang terlalu laju ada yang akan menariknya ke belakang.Mereka amat sensitif dengan perasaan orang lain yang berada dalam lingkungan mereka,bersikap kasihan belas dan rahmat sesama mereka tetapi tegas bila berhadapan dengan musuh Islam.Di peringkat ini hati-hati mereka mula menyatu,ikhlas dalam berukhuwwah dan beramal dan mengutamakan hubungan ini melebihi hubungan dengan manusia yang lain.

Namun kita akui,untuk mewujudkan sistem ini amat sukar dan
memerlukan pengorbanan masa,tenaga dan wang yang banyak dan kesedaran dari
semua pihak.Jangan dakwah ini menjadikan hubunngan ukhuwwah kita seperti
seorang majikan dengan pekerjanya di syarikat-syarikat atau di
kedai-kedai.Hubungan yang kering dan di dasarkan atas kepentingan dunia
semata-mata.Ya Allah tetapkanlah hati-hati kami diatas ketaatan kepada-Mu.
No comments:
Post a Comment