Pages

Aug 23, 2013

Dengarlah

Manusia mengenali saya dengan dua perwatakan.Senyap dan juga banyak becakap.Pendiam sehingga kadang_kadang orang tidak endah dengan kewujudan saya dan banyak bercakap sehingga kadang-kadang menyebabkan ada yang bosan dengan saya.

Bagaimana dua perwatakan boleh ada dalam masa yang sama.Dua identiti yang berbeza.Sebenarnya, saya akan bercakap banyak dengan seseorang yang saya rapat dan intim dengannya, atau dengan orang yang lebih muda, atau saya rasa saya lebih baik dan banyak pengalaman daripadanya.Sifat pendiam pula muncul jika saya rasa tidak selesa dengan orang tersebut.

Sifat ini saya rasa kebenyakan daripada kita mengalaminya.Namun, sifat atau perwatakan tersebut banyak dipengaruhi oleh audien kita.Jika kita rasa orang tersebut kurang daripada kita, maka kita akan cenderung untuk merasakan kita saja yang berhak bercakap, dan audien kita hanya perlu mendengar.Situasi ini sering berlaku, jika kita berhadapan dengan budak-budak kecil atau rakan-rakan kita yang kita memandang rendah padanya.

Apabila mahu mengenali manusia, kita tidak dapat terlepas dari mendengar.Mendengar dari sesiapa sahaja.Walaupun daripada orang yang kita tidak bersetuju dengannya atau orang yang lebih muda daripada kita.

Mendengar dengan sabar dan juga cuba memahaminya dengan ikhlas dalam ertikata untuk sama-sama mencari kebenaran.Dengan mendengar anda akan menemui banyak kelemahan diri anda.

No comments:

Post a Comment