Pages

Mar 31, 2013

Amanah Ilmu



Sejak beberapa bulan ini, diri aku menghadapi konflik dalaman.Antaranya amanah Allah atau nikmat sebagai pelajar.Ia satu amanah dan nikmat yang pasti dipersoalkan.

Amanah ilmu yang diberi amat berat terasa.Dalam keadaan aku yang mempunyai keterbatasan dari pelbagai aspek.Kesihatan, kemampuan penguasaan ilmu alat, bahasa arab, suasana persekitaran dan tugasan dakwah dan lain yang agak mencabar untuk diuruskan serentak.

Kadang-kadang terfikir, berada di Uia sudah lama,namun sangat kurang membaca, bermuzakarah, Munaqasyah, menelaah kita di maktabah.Amat-amat kurang.

Apabila masuk ke kelas, masuk dalam keadaan tidak bersedia dengan sempurna, Buhus pun dibuat dalam keadaan terkejar-kejar, tidak ghairah bertanya, tidak bersungguh mencari syeikh-syeikh untuk mendengar.


Namun pada masa yang sama, terasa ingin sangat untuk menyumbang kepada masyarakat melalui saluran ilmu dan pendidikan, memikirkan kurangnya mereka yang berada di bidang pentarbiahan masyarakat melalui ilmu dan qudwah ini.


Walaupun susah,ia memerlulan mujahadah dan prestasi iman dan kesihatan berada pada tahap terbaik.Oleh kerana susah, maka Rasulullah Sollallahualaihiwasallam pernah menyebut banyak kelebihan orang yang menuntut ilmu dan seumpama orang yang berjihad.Dan dalam hadis yang lain Rasulullah menyebut sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarkannya.

Amanah tetap amanah dan masyarakat memerlukan sentuhan.Itulah yang bermain di fikiran.Soal habuan dunia moga Allah Taala memudahkan,walaupun ia suatu keinginan.Dakwah dan ilmu perlu seimbang.Tidak boleh terlalu cenderung kepada sesuatu dan mengabaikan sesuatu yang lain.Namun,kadang-kadang adil itu sendiri bukan bermaksud sama.Jadi perlu minta kepada Allah untuk tunjukkan keutamaan dan apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Moga Allah Taala memudahkan aku dan pelajar-pelajar yang lain yang berniat untuk menyumbang sesuatu untuk agama melalui kepakaran yang mereka ada terutamanya pelajar kursus agama.Hubungan dengan Allah, ikhtiar, keberkatan,kesihatan adalah perkara penting yang perlu diambil kira ketika menuntut ilmu.wallahuallam.

No comments:

Post a Comment