Pages

Mar 28, 2013

Kepanasan Melampau Satu Peringatan


Cuaca sejak dua tiga minggu ini amat panas entah kenapa. Kadang-kadang terfikir kemungkinan ini adalah musibah dari Allah supaya hambanya ingat kepadanya.

Perkara ini tidak pelik kerana perkara yang sama juga telah dilakukan kepada umat sebelum ini. Azab Allah seperti yang tertera dalam Quran akan menimpa semua orang dan bukannya ekslusif kepada orang yang berdosa sahaja. Di sini kita dapat memahami bahawa kita perlulah memikirkan juga nasib orang lain dan berusaha semampu mungkin untuk menyelamatkan manusia lain terutamanya mereka yang berada di sekitar kita.

 Musibah juga merupakan ujian dari Allah untuk menguji hamba-hambanya.Janganlah kita terlalu pesimis dengan musibah dan mahu menyalahkan orang lajn bila mendapat musibah, namun cuba duduk dan merenung sejenak, hikmah disebalik ujian tersebut.Teringat kepada hadis i SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

 من يرد الله به خيرا يصب منه 

Maksudnya "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan keatasnya nescaya Allah akan timpakan musibah keatasnya. Bagaimanakah sikap kita apabila ditimpa musibah, kita mestilah bersabar dan sentiasa membandingkan diri kita dengan orang yang lebih teruk daripada kita.

Oleh itu kita akan rasa bersyukur dan bersabar dengan apa sahaja yang menimpa kita.Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment