Pages

May 31, 2011

Don’t look other side



Dalam Quran Allah ada menyebut bahawa setiap manusia tidak akan dipertanggungjawabkan dengan dosa manusia yang lain.Pertama kali kita membaca ayat ini kita akan terfikir kalau begitu,tak perlulah aku mendakwahi manusia dan menyuruh mereka menyembah Allah dan melakukan kebaikan dan mencegah yang mungkar.

Ternyata itu adalah pandangan yang salah.Kalau kita tidak mendakwahi manusia maka kita telah menyalahi firman Allah yang menyatakan kita wajib menyeru manusia ke arah kebaikan iaitu menyembah Allah dan mengamalkan islam secara menyeluruh.

Jadi sebenarnya kita berdakwah bukan kerana kita akan menanggung dosa mereka,tetapi kalau kita tidak berdakwah kita akan menanggung dosa kita sendiri di akhirat kelak,iaitu dosa tidak berdakwah.

Kuliah Umdatul Ahkam-Kaifiah Solat Rasulullah



Setiap selasa malam-ADM LR 9 UIA Gombak
Antara catatan yang sempat saya catat ketika pergi ke kuliah tersebut adalah:


1. Rasulullah tidak bersegera sujud dari I’tidal


2. Rasulullah meringankan bacaan tetapi sempurna ketika menjadi imam.


3. Imam Mukim/Imam masjid yang bertugas lebih afdhal menjadi imam daripada jamaah lain walaupun dia seorang yang lebih bagus bacaannya.

May 30, 2011

Profesional Mu'min


Hari ini telah dilangsungkan satu program Profesional Mukmin atau singkatan [PROTAZ 2] yang disampaikan oleh ust Pahrol,ana telah menjadi antara committenya.

Program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai akhlak muslim dan ketrampilan profesional.

Antara yang boleh dikongsikan:

1.       You stop learning,you stop leading.

2.       Today reader,tomorrow leader.

May 29, 2011

Ubah diri Sendiri


Mujahadah untuk berubah
1.ubah diri sendiri bukanlah sesuatu yang mudah.Mesti ada strategi yang teliti dan di evaluasi dari semasa ke semasa.

2.Mesti selalu ingat bahawa setiap masalah sebenarnya berpunca dari diri kita.Kata ahli sufi”jika ada orang yang membaling batu kepadamu,perkara pertama bukanlah bertanya dan marah kepada si pembaling batu,namun bertanya kepada diri sendiri,“ apa salah yang aku buat kepadanya”.
Kata Mustafa Masyhur:tanamkanlah islam dalam diri kamu dahulu,nescaya Islam akan terbina di sekeliling kamu.

3.Usaha memperbaiki diri mestilah seiring dengan menyeru orang lain.

4.Mujahadah amatlah diperlukan untuk mengubah diri.

May 28, 2011

Sahabat

Sahabat...
ketahuilah,aku belum pernah merasakan nikmat mempunyai sahabat.
sahabat yg betul-betul memahami diri ini,
Bila manusia menyebut tentang sahabat sejati,
ku terfikir,
Mungkin ia hanya dongengan manusia.

May 26, 2011

Dakwah Fardiah Pilihan Terbaik


Buku yang Wajar dibaca oleh para daie'



Dakwah fardiyah merupakan jenis dakwah yang pertama kali Rasulullah terapkan dalam dakwahnya. Rasulullah pernah berpidato di bukit Shofa, Rasulullah pernah melakukan dakwah dengan tulisan (bil qolam) melalui pengiriman surat kepada para raja di sekitar Arab, tapi yang pertama Rasulullah praktikkan adalah dakwah dengan pendekatan peribadi, dakwah fardiyah.

Bagi pelakunya, dakwah fardiyah terasa seperti sebuah seni yang indah. Mengatur strategi, mencoba menyentuh hati, berbahagia kala objek dakwah mulai berubah baik, dan cemburu saat objek dakwah melakukan hal yang negatif. Silakan praktikkan sendiri untuk membuktikannya.

May 24, 2011

Profesor Emiretus



Ramai pelajar yang tidak tahu apa beza antara Doktor,Profesor,Profesor Madya dan juga Profesor Emeritus.Saya ingin berkongsi maklumat ini dengan sahabat-sahabat apa yang saya faham dari penerangan cikgu kami,cikgu Zubir di dalam kelas Bahasa Melayu pagi tadi.


Rasanya elok saya terangkan dalam bentuk cerita.

May 23, 2011

Senyumlah

Catatan buat para sahabat


kamu ada masalah?


Masalah apa?


keewangan?


study?


family?


cinta?