Banyak lagi
yang perlu dipelajari olehku sebagai hamba Allah.Baru-baru ini ketika cuti raya
haji 6 November 2011,aku merasakan malas untuk balik menjenguk
keluarga.Alasannya adalah assignment yang berlambak dan aku masih mempunyai 3
paper lagi untuk dihabiskan.Subjek semakin susah.
Namun
setelah berfikir panjang,aku gagahkan juga diri ini untuk balik.Dalam hati
niatku semata-mata kerana Allah dan untuk berbuat baik kepada ibubapa dan
keluarga.Tidak ada niat lain.
Rupanya barulah aku menyedari,bahawa aku dihinggapi penyakit bakhil dan mementingkan diri sendiri.Aku lebih senang untuk menyudahkan assignment aku daripada melawat keluargaku.Namun diharap penyakit ini dapat dikikis sedikit demi sedikit.Dan kepulangan aku kali ini adalah antara salah satu usahanya.
Alhamdulillah,kepulanganku
ada kebaikan dan faedahnya kepada keluarga dan masyarakat kampung.Sesungguhnya
aku banyak belajar sesuatu.Namun yang paling nikmat adalah bersembang dengan
keluarga ,lebih-lebih lagi dengan ayah dan emakku.
Aku juga
dapat pengalaman menyaksikan upacara penyembelihan lembu dari awal sehingga
selesai di rumah pakcikku di Melor.Walaupun tidak banyak menolong,aku berasa
cukup puas kerana ini merupakan pengalaman pertama aku.Nama saja budak kampong,tapi
dah umur 21 tahun baru terbuka pintu hati untuk melihat orang sembelih lembu.Inilah
generasi Y.Lebih senang berinteraksi dengan gadjet,handphone,laptop daripada
berinteraksi dengan manusia.
Antara
perkara menarik juga dalam keluarga aku adalah ada pelbagai aliran pemikiran.
Ayahku mewakili
syafie,dia berpendapat pengamalan agama susah dan masih belum dapat memahami
bahawa islam adalah agama yang mudah seperti yang disebut dalam hadis.Dia
bercerita bahawa dia membaca buku karya imam ibnu Qayyim al-Jauzi,Tajuknya
kalau tak silap,50 kesilapan dalam agama.Imam Qayyim banyak mengkritik
pandangan imam Syafie dan ini memeningkan beliau.Beliau juga bertanyakan
berkenaan jenis-jenis hadis dan apa itu hadis Ghorib.Dia seorang yang suka
membaca buku dan banyak berzikir serta suka beribadat pada waktu malam.
Adikku
salafi atau yang sewaktu dengannya,
Dia sering
mendengar kuliah hadis yang disampaikan oleh Ust Asri Zainal Abidin dan maulana
Asri.Mereka berdua memang diakui diminati ramai kerana penampilan,latarbelakang
ilmu dan pendekatan yang digunakan ketika berceramah yang tidak bersifat
menghukum tetapi memberi dalil dan hujah-hujah dan meninggalkan pendengar untuk
membuat pilihan.Dia mengatakan islam amat mudah dan boleh memilih mana-mana
pendapat yang dirasakan mudah.
Namun,alhamdulillah ketika berbincang,kami semua dapat berlapang dada dan menerima pandangan dari pihak yang lain.
Sementara
adik-beradikku yang lain tidak begitu berminat mengenai hal-hal ini.
Umiku,dia
seorang yang cerewet mengenai halal dan haram.Apa-apa berang atau makanan yang
diragui akan terus ditinggalkan.Itu satu tindakan yang bagus.
Huda,seorang
gadis yang baru menduduki spm pada tahun ini.Moga Allah memberkatinya dan
menunjukkan jalan kepada hidayah-Nya.
Sarah dan
munirah.Mereka berdua sekarang berada pada fasa-fasa transisi dari zaman
kanak-kanak kepada zaman remaja.Apa agaknya yang mereka perlukan sekarang
ye.Tambah-tambah munirah adalah anak bongsu.Pemikiran anak bongsu masih belum
kufahami dan ini penting untuk aku memonipulasikannya untuk kebaikannya juga di
masa hadapan.Moga Allah membersihkan perasan hasad dengki yang berada dalam
hatiku.
Akhirnya,kepulanganku
kali ini tidak menghampakan .Dakwah kepada ahli keluarga lebih utama daripada
orang lain dan sedekah kepada ahli keluarga lebih baik daripada sedekah kepada
orang lain.Banyak lagi yang ingin dikongsikan.Namun sekadar ini dahulu.Moga
Allah member hidayah kepada kita semua
Ali G3.6,IIUM
10 Nov 2011
No comments:
Post a Comment