Ehsan:lintasberita.com |
Ilmu amat
penting dalam pembinaan kefahaman dalam diri setiap muslim dan cara untuk
mendapat ilmu yang paling berkesan adalah dengan membaca seperti disebut dalam
surah al-Alaq.
Sedihnya,pada
hari ini adalah masyarakat muslim secara umumnya malas membaca.Oleh kerana
gejala malas ini menyebabkan mereka berada dalam kejahilan dan bertindak
sebagai si jahil.Adakah samacara seorang
doktor ketika makan dengan seorang orang awam.Adakah sama seorang yang
mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.Tentu tidak sama !!!
Membaca
perlu dibudayakan seperti kita membudayakan makan dan minum dalam kehidupan
kita.Jika kita ada waktu makan,kita juga kena ada waktu membaca.
Bagaimana?mulakan
dengan langkah pertama. “long journey begins with first step”.
Mulakan
membaca bahan bacaan yang ilmiah dengan semuka sehari kemudian konsisten,dan ketika sudah stabil tingkatkan lagi kepada beberapa muka.
Ada sahabat
kita yang apabila datang semangat membaca mereka mahu membaca banyak terus,kemudian
rasa berat dan meninggalkan pembacaan mereka,sedangkan untuk membaca,kita
perlukan stamina.Dan stamina perlu dibina secara berperingkat.Orang yang dapat
tahan berlari berpuluh-puluh kilo pastinya bermula dengan latihan beberapa kilo
dahulu.
Tips untuk
berubah juga,adalah tidak boleh bertangguh dan mula dengan sedikit-demi sedikit.
Oleh
itu,jom berubah sekarang dengan langkah pertama iaitu membaca sedikit demi
sedikit secara konsisten.
Moga Allah memberi hidayah kepada kita untuk konsisten dalam bacaan yang bermanfaat.
y0 y0 y0!
ReplyDeleteapamacam ?