Sebagaimana
yang diketahui,banyak syarikat insurans di Malaysia ini,namun yang insya-Allah
islamik ialah takaful Malaysia.Menurut bacaan saya di internet takaful Malaysia
di bawah Bank Islam.
Sebelum
ini,fikiran saya seolah-olah buntu kerana tidak tahu bagaimana nak
memperbaharui insurans takaful.Setelah ditanya kepada rakan-rakan mereka juga tidak dapat memberi jawapan yang jelas.Akhirnya saya cuba memberanikan diri ke
pejabat pos Uia untuk mencuba.
Pagi itu,saya
pergi awal dengan mengharapkan dapat menyelesaikan kerja saya dengan
cepat,namun ia tidak berjaya.Pegawai bertugas memberitahu kuota untuk
hari tersebut telah habis.Saya tercengang kehairanan.Pagi-pagi buta lagi dah
habis.Rupanya,takaful Malaysia hanya menghadkan 150 pembaharuan insurans yang
boleh dibuat di seluruh pejabat pos di Malaysia.Patutlah cepat habis.
Akhirnya
selang beberapa minggu selepas itu saya mengambil keputusan untuk membuat
kajian di internet.Mula-mula saya search di internet dengan bantuan syeikh
goggle.Akhirnya jumpa la takaful Malaysia.Saya terus berhubung dengan mereka
melalui telefon dan dalam sekelip mata urusan saya selesai.Seorang agen takaful
menolong saya memperbaharui insurans saya menggunakan duitnya dahulu,kemudian
dia meminta saya memeriksanya di pejabat pos berdekatan dan memperbaharui cukai
jalan saya,kemudian barulah bank –in duit ke akaunnya.
Dalam hati
saya sebelum ini,sentiasa berdoa moga Allah menyelamatkan saya dari sistem riba
kerana dosanya amat besar.Alhamdulillah Allah telah memudahkan saya.
Moga masa
depan system kewangan Islam terus cerah dan menjadi pilihan kepada manusia.
Boleh ke
laman web takaful jika berminat.link
Wallahuaallam
pendeknya... hehe.
ReplyDeleteselamat kembali ke UIA. :)