Ehsan:fotopedia.com |
Jika kita cuba memahami hakikat kehidupan,kita akan sedar bahawa kehidupan ini ibarat roda yang berputar terus menerus.Hari ini kita berada di atas,esok kita berada di bawah.Begitulah jika kita mahu memahami hakikat perjalanan agama islam ini yang suatu ketika dahulu pernah mencapai zaman keemasan.kemudian jatuh kembali.
Umat sudah lama berada
dalam keadaan mundur,jumud dan keputusasaan.Oleh itu,kita kena
bertindak untuk mengubah
keadaan ini.Realiti yang berlaku pada hari ini ialah Islam kembali
bangkit.Orang ramai mula mencari islam yang sebenar,namun masih sedikit orang
yang sanggup bersusah payah untuk turun ke medan memberi kefahaman kepada
masyarakat yang jahil agama.
Dalam buku majmu’
Rasail ada disebutkan di antara apa yang diperlukan oleh umat yang sedang
bangkit adalah cita-cita yang luhur dan agung,dengan kata lain kita meletakkan
cita-cita dan berusaha keras untuk mencapainya.Apakah cita-cita yang agung
itu?
Cita-cita yang agung
adalah menegakkan dan menyebarkan agama Allah sehingga dapat menguasai Negara
dan dunia.Jika dilihat kepada keadaan semasa,ia agak susah,namun inilah kerja
yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sehingga berjaya
mendirikan Negara Islam Madinah.
Oleh itu Quran menawarkan metodologi,manhaj dah prinsip-prinsip yang menyokong dan menguatkan cita-cita
agung umat Islam tersebut.
Antaranya ayat
mengenai putus asa.Dalam surah Yusuf Allah menyebut hanya orang yang kafir akan
berputus asa.
يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ
يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ
رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا
يَيْأَسُ مِنْ
رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
87. Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai
Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta
pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan
Allah itu melainkan kaum Yang kafir".
Seseorang yang mengaku
islam tidak akan berputus asa kerana dia tahu bahawa Allah berkuasa atas
segalanya.Seseorang daie atau muslim yang membaca dan memahami ayat ini akan
terus bekerja dan memberi sumbangan demi untuk menaikkan kembali islam walaupun
usaha itu kelihatan kecil nilainya di mata manusia.
Dalam al-Quran juga
Allah banyak mencaritakan berkenaan kisah-kisah sebagai motivasi kepada
kita.Antaranya kisah tentera Talut yang sedikit dapat mengalahkan tentera Jalut
yang ramai.
فَلَمَّا
فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ
يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ
اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ
وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا
طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو اللَّهِ كَمْ
مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ
مَعَ الصَّابِرِينَ
مَعَ الصَّابِرِينَ
249. kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah
ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu
sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku,
dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku,
kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah
diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan
sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut
bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah
orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak
terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang
yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah
terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan
izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".
Dalam cita-cita yang agung ada kekuatan untuk terus bekerja walaupun
hasilnya belum nampak secara menyeluruh.Orang-orang yang bercita-cita untuk
melihat islam kembali memimpin dunia,pasti tidak akan duduk bergoyang
kaki,tetapi terus memberi sumbangan kepada kebangkitan Islam dan penyebaran
agama Allah.Yakinlah hanya ini jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah,tidak ada
jalan yang lebih selamat dari jalan dakwah dan menyebarkan kalimah Allah kepada
manusia.
Persoalannya sekarang,sudahkah kita mempunyai
cita-cita agung itu?
Sumber:
1.
Al-Quran
2.
Majmu’ Rasail,Hasan al-Banna.
No comments:
Post a Comment