Mukaddimah
Salah
satu rukun dari ibadah haji adalah wukuf di padang Arafah. rasulullah Muhammad
saw mnyatakan bahwa wukuf di padang Arafah merupakan puncak dari pelaksanaan
ibadah haji.
Puasa
Arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 Dzulhijjah, seiring dengan
dilaksanakannya wukuf di Padang Arafah oleh umat muslim yang melaksanakan
ibadah haji. Puasa Arafah ini disunnahkan untuk umat islam yang tidak
melaksanakan ibadah haji.
Diriwayatkan dari Ummu
al-Fadhl binti al-Harith:Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang
ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana
bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi
susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith
Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Sesungguhnya
Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di
‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah
rha)
Hari
Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah
haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak
berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya
setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk
berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.
Kelebihan 10 hari
Zulhijjah
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari
isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:Sesungguhnya Rasulullah SAW
melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan
tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis
yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
Selain
itu, memang pada hari-hari pada sepersepuluh bulan Dzulhijjah adalah hari-hari
yang istimewa untuk menjalankan ibadah seperti puasa. Abnu Abbas RA
meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ أيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِيْ أَياَّمُ اْلعُشْرِ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهُ فَلَمْ يَرْجِعُ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ.
مَا مِنْ أيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِيْ أَياَّمُ اْلعُشْرِ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهُ فَلَمْ يَرْجِعُ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ.
Diriwayatkan Rasulullah SAW
bersabda: Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah SWT, dari pada
perbuatan baik yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah.
Para sahabat bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Rasulullah
bersabda: Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar
dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya atau
menjadi syahid. (HR Bukhari)
Kelebihan puasa hari Tarwiyah
Puasa pada
hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah
menghapuskan (dosa) dua tahun. Dikatakan bahwa hadits ini dloif (tidak kuat
riwayatnya) namun para ulama memperbolehkan mengamalkan hadits yang dloif
sekalipun sebatas hadits itu diamalkan dalam kerangka fadla'ilul a’mal (untuk
memperoleh keutamaan), dan hadits yang dimaksud tidak berkaitan dengan masalah
aqidah dan hukum.
Kelebihan Puasa Afarah/puasa 9 zulhijjah
a. Hari ‘Arafah
ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana
Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan
hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
b.
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari
Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”.(Riwayat
Imam Muslim)
c.
Daripada
Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya
tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa
setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam
Muslim)
d.
Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw.
telah bersabda: “Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun,
satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.” (Riwayat
Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmidzi)
Dosa yang dimaksud (untuk dihapuskan) bukanlah dosa
besar, namun dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh umat muslim
e.
Puasa
hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan
puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad,
Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)
صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ
مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً
f.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab
Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan
setahun akan datang.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi
g.
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada
dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
h.
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah
dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari,hari
Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada
kelebihan.
Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-
Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-
Pengharaman
puasa pada 10 zuljhijjah dan hari tasyriq
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid
al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu
Dawud)
Serta hadith yang diriwayatkan
dari Abu Hurairah ra:Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah
untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari
tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith
Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan
Puasa
itu sendiri mempunyai kelebihan yang banyak:
Disebutkan dalam hadist Qudsi: Puasa
ini adalah untuk-Ku, dan Aku-lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah
meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku.
Diriwayatkan dari Abu Said
Al-Khudri, Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah
melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka
selama tujuh puluh tahun. (HR
Bukhari Muslim)
Semoga
amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh
Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita
sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka
yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran
dosa dan noda.
Sebagai
manusia kita tidak terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang
berdosa adalah orang yang memperbaiki diri.Oleh itu ayuh kita memperbaiki diri
kita dengan berpuasa pada bulan zulhijjah yang jatuh pada hari sabtu [5
November 2011].
Kita
juga harus faham bahawa walaupun antara kelebihan puasa hari arafah adalah
menghapuskan dosa setahun yang akan datang,ianya tidak menjadikan kita bebas
untuk melakukan dosa selama setahun yang akan datang,kerana kita tidak tahu
samada amalan puasa kita tadi diterima oleh Allah ataupun tidak.Allah hanya
menerima amal soleh dari orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang ikhlas
beramal kerana-Nya.Allah telah berfirman dalam surah Maidah:27
))إِنَّمَا
يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ((
Jom puasa
Arafah!!!
No comments:
Post a Comment