Pages

Nov 10, 2011

Keluargaku lebih utama


Banyak lagi yang perlu dipelajari olehku sebagai hamba Allah.Baru-baru ini ketika cuti raya haji 6 November 2011,aku merasakan malas untuk balik menjenguk keluarga.Alasannya adalah assignment yang berlambak dan aku masih mempunyai 3 paper lagi untuk dihabiskan.Subjek semakin susah.

Namun setelah berfikir panjang,aku gagahkan juga diri ini untuk balik.Dalam hati niatku semata-mata kerana Allah dan untuk berbuat baik kepada ibubapa dan keluarga.Tidak ada niat lain.

Rupanya barulah aku menyedari,bahawa aku dihinggapi penyakit bakhil dan mementingkan diri sendiri.Aku lebih senang untuk menyudahkan assignment aku daripada melawat keluargaku.Namun diharap penyakit ini dapat dikikis sedikit demi sedikit.Dan kepulangan aku kali ini adalah antara salah satu usahanya.

Alhamdulillah,kepulanganku ada kebaikan dan faedahnya kepada keluarga dan masyarakat kampung.Sesungguhnya aku banyak belajar sesuatu.Namun yang paling nikmat adalah bersembang dengan keluarga ,lebih-lebih lagi dengan ayah dan emakku.

Aku juga dapat pengalaman menyaksikan upacara penyembelihan lembu dari awal sehingga selesai di rumah pakcikku di Melor.Walaupun tidak banyak menolong,aku berasa cukup puas kerana ini merupakan pengalaman pertama aku.Nama saja budak kampong,tapi dah umur 21 tahun baru terbuka pintu hati untuk melihat orang sembelih lembu.Inilah generasi Y.Lebih senang berinteraksi dengan gadjet,handphone,laptop daripada berinteraksi dengan manusia.

Antara perkara menarik juga dalam keluarga aku adalah ada pelbagai aliran pemikiran.
Ayahku mewakili syafie,dia berpendapat pengamalan agama susah dan masih belum dapat memahami bahawa islam adalah agama yang mudah seperti yang disebut dalam hadis.Dia bercerita bahawa dia membaca buku karya imam ibnu Qayyim al-Jauzi,Tajuknya kalau tak silap,50 kesilapan dalam agama.Imam Qayyim banyak mengkritik pandangan imam Syafie dan ini memeningkan beliau.Beliau juga bertanyakan berkenaan jenis-jenis hadis dan apa itu hadis Ghorib.Dia seorang yang suka membaca buku dan banyak berzikir serta suka beribadat pada waktu malam.

Adikku salafi atau yang sewaktu dengannya,
Dia sering mendengar kuliah hadis yang disampaikan oleh Ust Asri Zainal Abidin dan maulana Asri.Mereka berdua memang diakui diminati ramai kerana penampilan,latarbelakang ilmu dan pendekatan yang digunakan ketika berceramah yang tidak bersifat menghukum tetapi memberi dalil dan hujah-hujah dan meninggalkan pendengar untuk membuat pilihan.Dia mengatakan islam amat mudah dan boleh memilih mana-mana pendapat yang dirasakan mudah.

Namun,alhamdulillah ketika berbincang,kami semua dapat berlapang dada dan menerima pandangan dari pihak yang lain.

Sementara adik-beradikku yang lain tidak begitu berminat mengenai hal-hal ini.
Umiku,dia seorang yang cerewet mengenai halal dan haram.Apa-apa berang atau makanan yang diragui akan terus ditinggalkan.Itu satu tindakan yang bagus.
Huda,seorang gadis yang baru menduduki spm pada tahun ini.Moga Allah memberkatinya dan menunjukkan jalan kepada hidayah-Nya.
Sarah dan munirah.Mereka berdua sekarang berada pada fasa-fasa transisi dari zaman kanak-kanak kepada zaman remaja.Apa agaknya yang mereka perlukan sekarang ye.Tambah-tambah munirah adalah anak bongsu.Pemikiran anak bongsu masih belum kufahami dan ini penting untuk aku memonipulasikannya untuk kebaikannya juga di masa hadapan.Moga Allah membersihkan perasan hasad dengki yang berada dalam hatiku.

Akhirnya,kepulanganku kali ini tidak menghampakan .Dakwah kepada ahli keluarga lebih utama daripada orang lain dan sedekah kepada ahli keluarga lebih baik daripada sedekah kepada orang lain.Banyak lagi yang ingin dikongsikan.Namun sekadar ini dahulu.Moga Allah member hidayah kepada kita semua


Ali G3.6,IIUM
10 Nov 2011

Oct 31, 2011

KELEBIHAN PUASA ARAFAH DAN AMAL SOLEH DALAM BULAN ZULHIJJAH



Mukaddimah

Salah satu rukun dari ibadah haji adalah wukuf di padang Arafah. rasulullah Muhammad saw mnyatakan bahwa wukuf di padang Arafah merupakan puncak dari pelaksanaan ibadah haji.

Puasa Arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 Dzulhijjah, seiring dengan dilaksanakannya wukuf di Padang Arafah oleh umat muslim yang melaksanakan ibadah haji. Puasa Arafah ini disunnahkan untuk umat islam yang tidak melaksanakan ibadah haji.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)


Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini.

Kelebihan 10 hari Zulhijjah

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Selain itu, memang pada hari-hari pada sepersepuluh bulan Dzulhijjah adalah hari-hari yang istimewa untuk menjalankan ibadah seperti puasa. Abnu Abbas RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِيْ أَياَّمُ اْلعُشْرِ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهُ فَلَمْ يَرْجِعُ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ.

Diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada perbuatan yang lebih disukai oleh Allah SWT, dari pada perbuatan baik yang dilakukan pada sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya atau menjadi syahid. (HR Bukhari)

Kelebihan puasa hari Tarwiyah
Puasa pada hari Tarwiyah menghapuskan dosa satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun. Dikatakan bahwa hadits ini dloif (tidak kuat riwayatnya) namun para ulama memperbolehkan mengamalkan hadits yang dloif sekalipun sebatas hadits itu diamalkan dalam kerangka fadla'ilul a’mal (untuk memperoleh keutamaan), dan hadits yang dimaksud tidak berkaitan dengan masalah aqidah dan hukum.

Kelebihan Puasa Afarah/puasa 9 zulhijjah

a.     Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

b.      Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun sesudahnya”.(Riwayat Imam Muslim)

c.       Daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

d.      Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw. telah bersabda: “Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang.” (Riwayat Jama’ah kecuali Bukhari dan Tarmidzi)

Dosa yang dimaksud (untuk dihapuskan) bukanlah dosa besar, namun dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh umat muslim

e.      Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

f.     Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi

g.    Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

h.     Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari,hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Pengharaman puasa pada 10 zuljhijjah dan hari tasyriq
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan

Puasa itu sendiri mempunyai kelebihan yang banyak:
Disebutkan dalam hadist Qudsi: Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku-lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku.

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun. (HR Bukhari Muslim)

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang memperbaiki diri.Oleh itu ayuh kita memperbaiki diri kita dengan berpuasa pada bulan zulhijjah yang jatuh pada hari sabtu [5 November 2011].

Kita juga harus faham bahawa walaupun antara kelebihan puasa hari arafah adalah menghapuskan dosa setahun yang akan datang,ianya tidak menjadikan kita bebas untuk melakukan dosa selama setahun yang akan datang,kerana kita tidak tahu samada amalan puasa kita tadi diterima oleh Allah ataupun tidak.Allah hanya menerima amal soleh dari orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang ikhlas beramal kerana-Nya.Allah telah berfirman dalam surah Maidah:27

))إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ((

       Jom puasa Arafah!!!




Oct 26, 2011

Jatuh dari langit dan disambar burung


Pernah tak kita merasai jatuh dari tempat tinggi.Apa perasaan kita pada masa tu?Takut kan?,rasa macam jantung nak tercabut,tidak ada tempat pergantungan dan lain-lain.Dan bila sampai ke bumi,habis,hancur.


Allah telah berfirman dalam Quran untuk menggambarkan keadaan mereka yang mempersekutukan dan menduakan Allah dengan sembahan dan sesuatu yang lain selain Allah.Firman Allah dalam surah Haj:31:


حُنَفَآءَ للَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَآءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِى بِهِ الرِّيحُ فِى مَكَانٍ سَحِيقٍ.

(Amalkanlah perkara-perkara itu) Dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengannya; dan sesiapa Yang mempersekutukan sesuatu Yang lain Dengan Allah maka seolah-olah Dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat Yang jauh (yang membinasakan).
Saudaraku,kalau kita merasai bagaimana rasanya jatuh dari tempat yang tinggi,tentu kamu memahami ayat ini.

Oleh itu,kita tidak diperintahkan kecuali menyembah Allah dengan jujur,bersungguh-sungguh,tekun,berdisiplin dan tidak bermain-main.

Moga Allah memberi kita hidayah.


Jul 1, 2011

Peringatan Buat Diri Yang Serba Kekurangan

Wahai diri yang masih banyak tidak mengetahui,
Ketahuilah perjalanan ini masih panjang,
Janganlah terlalu-lalu tergesa
Janganlah terlalu menumpukan kepada sesuatu perkara
Seimbangkanlah
Kita tidak dituntut untuk melampau-lampau dalam apa-apa perkara sekalipun.

Wahai diriku yang naïf.
Sedarlah,
Usahamu tidak mendatangkan apa-apa hasilpun,
Kecuali sang Pencipta mengizikannya,
Jangan terlalu percaya dengan kebolehan diri,
Usaha hanya ikhtiar
Keputusannya tetap berada di tangan Allah.

Jun 14, 2011

Ujian di Jalan Dakwah

Sesungguhnya agama Allah ini pasti dan pasti akan kembali memimpin dunia.Meskipun masanya masih belum tiba.Keyakinan kita ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan kekuasaan akan kembali kepada orang Islam pada suatu masa sebelum berlaku Qiamat.

Namun persoalannya sekarang adalah adakah kita bersama dengan kafilah yang memperjuangkan Islam untuk kembali tegak atau tidak.Jangan menyangka dengan menjadi muslim,namun hanya duduk-duduk sahaja,kita sudah selamat dan terjamin kedudukan kita di akhirat kelak. 


Di atas jalan ini tidak dapat dinafikan banyak ujian,rintangan dan halangan yang akan ditempuhi oleh para pendokong dakwah.Musuh-musuh agama Allah ini tidak akan membiarkan sahaja para pendokong dakwah.Mereka akan bermati-matian menggangu mereka,menangkap,menyiksa,membunuh semata-mata untuk menghalang manusia daripada menyembah Allah dan segala kepentingan dunia mereka yang melampau itu digangu-gugat.

Jun 4, 2011

Rintangan di atas jalan dakwah.

   Setiap daie dan mereka yang bercita-cita untuk melihat Islam kembali memimpin dunia ini haruslah mengetahui dan menyedari bahawa keadaan dunia dan negara kita pada hari ini diancam oleh berbagai permasalahan.Namun permasalahan yang paling besar adalah apabila manusia khususnya mereka yang bergelar muslim tidak mengenal akan tuhan mereka dan tidak mengamalkan islam secara menyeluruh.
  
Sebenarnya kita yang telah ditarbiah  dan memahami Islam secara syumul ini perlu simpati kepada mereka bukannya kita membenci dan menyalahkan mereka.Mereka ini masih dalam keadaan lena dan tidak memahami.Ibaratnya seorang budak kecil yang bermain dengan kotoran kerana dia tidak mengetahui akan bahayanya.Budak kecil ini mestilah selalu diperhatikan dan dibimbing agar mereka terus berjalan diatas jalan yang benar dan supaya mereka juga dapat berdikari dan menyeru orang lain juga.

Jun 3, 2011

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Tak dapat dinafikan bahawa hati ini milik Allah,
Kadang-kadang iman kita tinggi memuncak,
Namun ada masanya ia jatuh menjunam dan pecah berderai.

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Nabi dan sahabat diejek, disiksa,diboikot dan diperkotak-katikkan,
Tetapi mereka tidak sekali-kali menyerah,
Malah semakin yakin dan intim dengan Allah.

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Walaupun kadang-kadang kita berseorangan,
Sejarah telah membuktikan bahawa islam bermula dengan seorang,
Jangan terlalu memaksa kerana memaksa itu membawa kepada keburukan.

May 31, 2011

Don’t look other side



Dalam Quran Allah ada menyebut bahawa setiap manusia tidak akan dipertanggungjawabkan dengan dosa manusia yang lain.Pertama kali kita membaca ayat ini kita akan terfikir kalau begitu,tak perlulah aku mendakwahi manusia dan menyuruh mereka menyembah Allah dan melakukan kebaikan dan mencegah yang mungkar.

Ternyata itu adalah pandangan yang salah.Kalau kita tidak mendakwahi manusia maka kita telah menyalahi firman Allah yang menyatakan kita wajib menyeru manusia ke arah kebaikan iaitu menyembah Allah dan mengamalkan islam secara menyeluruh.

Jadi sebenarnya kita berdakwah bukan kerana kita akan menanggung dosa mereka,tetapi kalau kita tidak berdakwah kita akan menanggung dosa kita sendiri di akhirat kelak,iaitu dosa tidak berdakwah.

Kuliah Umdatul Ahkam-Kaifiah Solat Rasulullah



Setiap selasa malam-ADM LR 9 UIA Gombak
Antara catatan yang sempat saya catat ketika pergi ke kuliah tersebut adalah:


1. Rasulullah tidak bersegera sujud dari I’tidal


2. Rasulullah meringankan bacaan tetapi sempurna ketika menjadi imam.


3. Imam Mukim/Imam masjid yang bertugas lebih afdhal menjadi imam daripada jamaah lain walaupun dia seorang yang lebih bagus bacaannya.