Jul 31, 2011
Jul 1, 2011
Peringatan Buat Diri Yang Serba Kekurangan
Wahai diri yang masih banyak tidak mengetahui,
Ketahuilah perjalanan ini masih panjang,
Janganlah terlalu-lalu tergesa
Janganlah terlalu menumpukan kepada sesuatu perkara
Seimbangkanlah
Kita tidak dituntut untuk melampau-lampau dalam apa-apa perkara sekalipun.
Wahai diriku yang naïf.
Sedarlah,
Usahamu tidak mendatangkan apa-apa hasilpun,
Kecuali sang Pencipta mengizikannya,
Jangan terlalu percaya dengan kebolehan diri,
Usaha hanya ikhtiar
Keputusannya tetap berada di tangan Allah.
Jun 14, 2011
Ujian di Jalan Dakwah
Sesungguhnya agama Allah ini pasti dan
pasti akan kembali memimpin dunia.Meskipun masanya masih belum tiba.Keyakinan
kita ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan kekuasaan akan kembali
kepada orang Islam pada suatu masa sebelum berlaku Qiamat.
Namun
persoalannya sekarang adalah adakah kita bersama dengan kafilah yang
memperjuangkan Islam untuk kembali tegak atau tidak.Jangan menyangka dengan
menjadi muslim,namun hanya duduk-duduk sahaja,kita sudah selamat dan terjamin
kedudukan kita di akhirat kelak.
Di atas jalan
ini tidak dapat dinafikan banyak ujian,rintangan dan halangan yang akan
ditempuhi oleh para pendokong dakwah.Musuh-musuh agama Allah ini tidak akan
membiarkan sahaja para pendokong dakwah.Mereka akan bermati-matian menggangu
mereka,menangkap,menyiksa,membunuh semata-mata untuk menghalang manusia
daripada menyembah Allah dan segala kepentingan dunia mereka yang melampau itu
digangu-gugat.
Jun 4, 2011
Rintangan di atas jalan dakwah.
Setiap daie dan mereka yang bercita-cita untuk melihat Islam kembali memimpin dunia ini haruslah mengetahui dan menyedari bahawa keadaan dunia dan negara kita pada hari ini diancam oleh berbagai permasalahan.Namun permasalahan yang paling besar adalah apabila manusia khususnya mereka yang bergelar muslim tidak mengenal akan tuhan mereka dan tidak mengamalkan islam secara menyeluruh.
Sebenarnya kita yang telah ditarbiah dan memahami Islam secara syumul ini perlu simpati kepada mereka bukannya kita membenci dan menyalahkan mereka.Mereka ini masih dalam keadaan lena dan tidak memahami.Ibaratnya seorang budak kecil yang bermain dengan kotoran kerana dia tidak mengetahui akan bahayanya.Budak kecil ini mestilah selalu diperhatikan dan dibimbing agar mereka terus berjalan diatas jalan yang benar dan supaya mereka juga dapat berdikari dan menyeru orang lain juga.
Jun 3, 2011
Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan
Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Tak dapat dinafikan bahawa hati ini milik Allah,
Kadang-kadang iman kita tinggi memuncak,
Namun ada masanya ia jatuh menjunam dan pecah berderai.
Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Nabi dan sahabat diejek, disiksa,diboikot dan diperkotak-katikkan,
Tetapi mereka tidak sekali-kali menyerah,
Malah semakin yakin dan intim dengan Allah.
Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Walaupun kadang-kadang kita berseorangan,
Sejarah telah membuktikan bahawa islam bermula dengan seorang,
Jangan terlalu memaksa kerana memaksa itu membawa kepada keburukan.
May 31, 2011
Don’t look other side
Dalam Quran Allah ada menyebut bahawa setiap manusia tidak akan dipertanggungjawabkan dengan dosa manusia yang lain.Pertama kali kita membaca ayat ini kita akan terfikir kalau begitu,tak perlulah aku mendakwahi manusia dan menyuruh mereka menyembah Allah dan melakukan kebaikan dan mencegah yang mungkar.
Ternyata itu adalah pandangan yang salah.Kalau kita tidak mendakwahi manusia maka kita telah menyalahi firman Allah yang menyatakan kita wajib menyeru manusia ke arah kebaikan iaitu menyembah Allah dan mengamalkan islam secara menyeluruh.
Jadi sebenarnya kita berdakwah bukan kerana kita akan menanggung dosa mereka,tetapi kalau kita tidak berdakwah kita akan menanggung dosa kita sendiri di akhirat kelak,iaitu dosa tidak berdakwah.
Kuliah Umdatul Ahkam-Kaifiah Solat Rasulullah
Setiap selasa malam-ADM LR 9 UIA Gombak
Antara catatan yang sempat saya catat ketika pergi ke kuliah tersebut adalah:
1. Rasulullah tidak bersegera sujud dari I’tidal
2. Rasulullah meringankan bacaan tetapi sempurna ketika menjadi imam.
3. Imam Mukim/Imam masjid yang bertugas lebih afdhal menjadi imam daripada jamaah lain walaupun dia seorang yang lebih bagus bacaannya.
May 30, 2011
Profesional Mu'min
Hari ini telah dilangsungkan satu program Profesional Mukmin atau singkatan [PROTAZ 2] yang disampaikan oleh ust Pahrol,ana telah menjadi antara committenya.
Program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai akhlak muslim dan ketrampilan profesional.
Antara yang boleh dikongsikan:
1. You stop learning,you stop leading.
2. Today reader,tomorrow leader.
May 29, 2011
Ubah diri Sendiri
![]() |
| Mujahadah untuk berubah |
2.Mesti selalu ingat bahawa setiap masalah sebenarnya berpunca dari diri kita.Kata ahli sufi”jika ada orang yang membaling batu kepadamu,perkara pertama bukanlah bertanya dan marah kepada si pembaling batu,namun bertanya kepada diri sendiri,“ apa salah yang aku buat kepadanya”.
Kata Mustafa Masyhur:tanamkanlah islam dalam diri kamu dahulu,nescaya Islam akan terbina di sekeliling kamu.
3.Usaha memperbaiki diri mestilah seiring dengan menyeru orang lain.
4.Mujahadah amatlah diperlukan untuk mengubah diri.
May 28, 2011
Sahabat
Sahabat...
ketahuilah,aku belum pernah merasakan nikmat mempunyai sahabat.
sahabat yg betul-betul memahami diri ini,
Bila manusia menyebut tentang sahabat sejati,
ku terfikir,
Mungkin ia hanya dongengan manusia.
ketahuilah,aku belum pernah merasakan nikmat mempunyai sahabat.
sahabat yg betul-betul memahami diri ini,
Bila manusia menyebut tentang sahabat sejati,
ku terfikir,
Mungkin ia hanya dongengan manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)


