Pages

Aug 27, 2013

Syu'bah bin al Hajjaj (Wafat 160H)

Nama sebenarnya adalah Abu Bustham Syu’bah Ibnul Hajjaj al “Utakiy al Azdy, ia berasala dari Wasith kemudian hijrah dan menetap di Bashrah. Ia seorang ulama dari golongan tabi’it tabi’in dan seorang yang hafidh dari tokoh hadits.

Ia menerima hadits dari Ibnu Sirin, Amr bin Dinar, asy Sya’by dan dari sejumlah tabi’in lainnya.
Diantara yang menerima hadits darinya adalah al A’Masy, ayyub as Sakhtayany, Muhammad Ibnu Ishaq, ats Tsaury, Ibnu Mahdy, Wakie’, Ibnul Mubarak, Yahya al Qaththan dan lain lainnya.
Beliau diakui sebagai imam hadits yang sangat kokoh hapalannya. Ahmad bin Hanbal berkata,” Tidak ada di masa Syu’bah orang yang sepertinya dalam bidang hadits dan tidak ada yang lebih baik tentang hal hadits daripadaanya”.

Asy Syafi’iy berkata, “ Andaikata tidak ada Syu’bah, orang irak tidak banyak mengetahui hadits” sedangkan Sufyan ats Tsaury berkata,” Syu’bah adalah Amirul Mukminin dalam bidang hadits”. Dan Shalih Ibnu Muhammad berkata,” Ulama yang mau mengatakan tentang hal rijal hadits adalah Syu’bah”.
Ia wafat di Bashrah pada tahun 160 H dalam usia 77 tahun.

http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/09/10/syubah-bin-al-hajjaj-wafat-160-h/

Aug 23, 2013

Dengarlah

Manusia mengenali saya dengan dua perwatakan.Senyap dan juga banyak becakap.Pendiam sehingga kadang_kadang orang tidak endah dengan kewujudan saya dan banyak bercakap sehingga kadang-kadang menyebabkan ada yang bosan dengan saya.

Bagaimana dua perwatakan boleh ada dalam masa yang sama.Dua identiti yang berbeza.Sebenarnya, saya akan bercakap banyak dengan seseorang yang saya rapat dan intim dengannya, atau dengan orang yang lebih muda, atau saya rasa saya lebih baik dan banyak pengalaman daripadanya.Sifat pendiam pula muncul jika saya rasa tidak selesa dengan orang tersebut.

Sifat ini saya rasa kebenyakan daripada kita mengalaminya.Namun, sifat atau perwatakan tersebut banyak dipengaruhi oleh audien kita.Jika kita rasa orang tersebut kurang daripada kita, maka kita akan cenderung untuk merasakan kita saja yang berhak bercakap, dan audien kita hanya perlu mendengar.Situasi ini sering berlaku, jika kita berhadapan dengan budak-budak kecil atau rakan-rakan kita yang kita memandang rendah padanya.

Apabila mahu mengenali manusia, kita tidak dapat terlepas dari mendengar.Mendengar dari sesiapa sahaja.Walaupun daripada orang yang kita tidak bersetuju dengannya atau orang yang lebih muda daripada kita.

Mendengar dengan sabar dan juga cuba memahaminya dengan ikhlas dalam ertikata untuk sama-sama mencari kebenaran.Dengan mendengar anda akan menemui banyak kelemahan diri anda.

May 15, 2013

Jangan putus asa !!!


Rahiq Makhtum: Dalam perang Uhud ada seorang Musyrik bernama Amru bin al-Thabit memeluk Islam ketika itu dan berperang di pihak Islam kemudian Rasulullah (s.a.w) menjawab: "Beliau adalah penghuni Syurga".Dan dia belum solat walau 1 rakaat pun.

Dalam hadis Bukhari juga menyebut berkenaan dengan seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak dia dengan neraka tidak lebih dari sehasta,kemudian suratan takdir mendahuluinya,sehingga orang tersebut beramal dengan amalan ahli syurga,maka dia pun masuk syurga.

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis: "Sesungguhnya segala perbuatan ditentukan oleh penutupnya".

Oleh itu teruskan bersemangat wahai para Daie untuk berdakwah dan jangan menyerah.Boleh jadi dia tidak menerima dakwah kamu sekarang tetapi suatu hari nanti sebelum dia mati dia akan menerimanya.

Apr 4, 2013

Layakkah?


Rasa macam tidak layak memperoleh gelaran tersebut.Berapa ramai lagi pelajar lain yang lebih memahami dan pakar,namun mereka tidak menzahirkan dalam bentuk keputusan imtihan.Walaupun tidak dinafikan keputusan imtihan menggambarkan kefahaman dan penguasaan kita pada subjek.




Teringat sindiran Dr Habeeb sebelum imtihan Hadis Ahkam.Beliau mengatakan siapa yang tidak tidur semalam kerana terlalu kuat membaca dan murajaah last minit, dia sebenarnya sudah gagal.Gagal imtihan akhirat kerana melanggar aturan sunnatullah pada tidur, murajaah ketana imtihan dan kurang tawakkal kepada Allah.


Lemahnya kualiti ilmu yang kita ada pada hari ini.Kadang-kadang malu untuk dipanggil sebagai pelajar Quran dan Sunnah atau pelajar bidang agama kerana ceteknya ilmu yang ada di dada.


Walaupun begitu, moga dengan anugerah Ini alhamdulillah akan menjadikan diri ini lebih semangat untuk memahami pelajaran dan mampu menyampaikan kepada masyarakat dalam bentuk yang mudah

Ya Allah permudahkanlah kami, janganlah kau susahkan,dan sempurnakanlah dengan kebaikan.Kami lemah Ya Allah, tolonglah kami untuk memahami islam dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat dengan ilmu dan hikmah.

Mar 31, 2013

Amanah Ilmu



Sejak beberapa bulan ini, diri aku menghadapi konflik dalaman.Antaranya amanah Allah atau nikmat sebagai pelajar.Ia satu amanah dan nikmat yang pasti dipersoalkan.

Amanah ilmu yang diberi amat berat terasa.Dalam keadaan aku yang mempunyai keterbatasan dari pelbagai aspek.Kesihatan, kemampuan penguasaan ilmu alat, bahasa arab, suasana persekitaran dan tugasan dakwah dan lain yang agak mencabar untuk diuruskan serentak.

Kadang-kadang terfikir, berada di Uia sudah lama,namun sangat kurang membaca, bermuzakarah, Munaqasyah, menelaah kita di maktabah.Amat-amat kurang.

Apabila masuk ke kelas, masuk dalam keadaan tidak bersedia dengan sempurna, Buhus pun dibuat dalam keadaan terkejar-kejar, tidak ghairah bertanya, tidak bersungguh mencari syeikh-syeikh untuk mendengar.


Namun pada masa yang sama, terasa ingin sangat untuk menyumbang kepada masyarakat melalui saluran ilmu dan pendidikan, memikirkan kurangnya mereka yang berada di bidang pentarbiahan masyarakat melalui ilmu dan qudwah ini.


Walaupun susah,ia memerlulan mujahadah dan prestasi iman dan kesihatan berada pada tahap terbaik.Oleh kerana susah, maka Rasulullah Sollallahualaihiwasallam pernah menyebut banyak kelebihan orang yang menuntut ilmu dan seumpama orang yang berjihad.Dan dalam hadis yang lain Rasulullah menyebut sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarkannya.

Amanah tetap amanah dan masyarakat memerlukan sentuhan.Itulah yang bermain di fikiran.Soal habuan dunia moga Allah Taala memudahkan,walaupun ia suatu keinginan.Dakwah dan ilmu perlu seimbang.Tidak boleh terlalu cenderung kepada sesuatu dan mengabaikan sesuatu yang lain.Namun,kadang-kadang adil itu sendiri bukan bermaksud sama.Jadi perlu minta kepada Allah untuk tunjukkan keutamaan dan apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Moga Allah Taala memudahkan aku dan pelajar-pelajar yang lain yang berniat untuk menyumbang sesuatu untuk agama melalui kepakaran yang mereka ada terutamanya pelajar kursus agama.Hubungan dengan Allah, ikhtiar, keberkatan,kesihatan adalah perkara penting yang perlu diambil kira ketika menuntut ilmu.wallahuallam.

Mar 28, 2013

Kepanasan Melampau Satu Peringatan


Cuaca sejak dua tiga minggu ini amat panas entah kenapa. Kadang-kadang terfikir kemungkinan ini adalah musibah dari Allah supaya hambanya ingat kepadanya.

Perkara ini tidak pelik kerana perkara yang sama juga telah dilakukan kepada umat sebelum ini. Azab Allah seperti yang tertera dalam Quran akan menimpa semua orang dan bukannya ekslusif kepada orang yang berdosa sahaja. Di sini kita dapat memahami bahawa kita perlulah memikirkan juga nasib orang lain dan berusaha semampu mungkin untuk menyelamatkan manusia lain terutamanya mereka yang berada di sekitar kita.

 Musibah juga merupakan ujian dari Allah untuk menguji hamba-hambanya.Janganlah kita terlalu pesimis dengan musibah dan mahu menyalahkan orang lajn bila mendapat musibah, namun cuba duduk dan merenung sejenak, hikmah disebalik ujian tersebut.Teringat kepada hadis i SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

 من يرد الله به خيرا يصب منه 

Maksudnya "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan keatasnya nescaya Allah akan timpakan musibah keatasnya. Bagaimanakah sikap kita apabila ditimpa musibah, kita mestilah bersabar dan sentiasa membandingkan diri kita dengan orang yang lebih teruk daripada kita.

Oleh itu kita akan rasa bersyukur dan bersabar dengan apa sahaja yang menimpa kita.Wallahuallam.

Sep 23, 2012

Hidayah Angka 19



Antara nama-nama neraka yang Allah sebut di dalam Al-Quran adalah neraka Saqar iaitu di dalam Surah Mudassir.Neraka Saqar ialah neraka yang Allah janjikan dan disediakan oleh Allah kepada orang berperangai seperti mana orang Kafir Quraish yang menolak kebenaran yang mereka sudah nampak khususnya kepada Walid bin Mughirah seperti mana yang disebut oleh Allah dalam surah Mudassir:

Kelak aku akan memasukkannya kedalam neraka Saqar [74:26]

Gambar Hiasan.Ehsan http://what-buddha-said.net

Walid bin Mughirah adalah seorang yang bijak dan pandai serta mempunyai kekayaan dan anak pinak yang ramai, nsmun ketika dia melihat kebenaran yang berada pada Rasulullah s.a.w ,dia mengambil masa untuk berfikir dan menimbang-nimbang antara memeluk islam dengan tetap di atas kekufuran.Jika dia memeluk islam maka semua kepentingan dunianya akan tergadai dan pengikutnya akan lari darinya.Akhirnya dia mengutamakan kepentingan dunia, kepimpinan, pengaruh, kekayaan dunia di atas kebenaran islam.
Maka Allah menjanjikan kepada golongan ini dan yang sewaktu dengannya –neraka saqar-yang disebut mempunyai sifat-sifat berikut:

   1.       La tubqi wa la tazar-tidak meninggalkan dan tidak membiarkan.

Dalam kitab Sofwatu Tafasir yang telah dikarang oleh Muhammad Ali as-Sobuni: “Tidak meninggalkan sesuatupun di dalam neraka Saqar kecuali dihancurkan,dan tidak ditinggalkan walau seorang dari orang yang berdosa kecuali dibakar.Ibnu Abbas telah menyebut dalam tafsirannya:Tidak meninggalkan sesuatupun daripada darah,tulang dan daging kecuali dibakar,apabila dia dikembalikan kepada keadaan asal,dia kemudian diazab dengan azab yang lebih pedih.

   2.       Lawwahatun lil basyar

As-Sobuni menyebut bahawa maksudnya adalah sangat terang dan jelas kepada penglihatan manusia daripada jarak yang amat jauh kerana besarnya saiz api neraka Saqar tersebut tanpa perlu memanjangkan tengkuk dan bersusah-susah untuk melihatnya.

   3.       ‘alaiha tis’ata ‘asyar-diatasnya ada 19 penjaga.
      
      Penjaga di sini adalah merujuk kepada 19 malaikat Zabaniah yang bertugas menjaga neraka Saqar ini. 


http://www.laptopstolullabies.com


Malaikat adalah makhluk Allah yang hebat dan kuat dan disebutkan oleh ibnu Abbas bahawa jarak diantara dua bahu malaikat Zabaniah adalah perjalanan setahuan dan setiap pukulan mereka boleh memasukkan 70 ribu manusia ke dalam neraka sekaligus.

Di dalam ayat ini Allah telah menyebut bilangan para malaikat dengan tepat sebagai ujian kepada orang kafir dan untuk menambah keyakinan kepada ahli kitab.Disebut di dalam Tafsir as-Sobuni ahli kitab mendapati bahawa bilangan malaikat penjaga neraka disebut dalam kitab mereka.Ini menyebabkan keyakinan mereka akan kebenaran islam bertambah dan menyebabkan mereka memeluk islam.Orang yang beriman bertambah keimanan mereka setelah mereka melihat keislaman ahli kitab ini. 

Maka hidayah Allah dilimpahkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sesatkan siapa yang dikehendaki-Nya.Oleh itu sentiasalah memohon hidayah dari Allah.

Aug 17, 2012

Tarbiah Ramadhan


Setiap kali ramadhan,pasti kita akan dapat pengajaran yang baru...dan antaranya ia mengajar kita seganas manapun nafsu kita,kita mampu menghabiskan at least 1 juz quran sehari yang kita rasa susah di bulan lain,kita mampu berdiri 8/20 rakaat terawih,kita mampu bangun pkul 4 pagi selama hampir sebulan penuh...dan semua itu datang dengan kehendak dan mujahadah....jadi Allah mahu mengajar kita melalui bulan ini bahawa kita mampu menundukkan nafsu kita namun perlu dengan cara yang betul.

Antara perkara yang membantu menundukkan nafsu:
1. Berada dan bekerja dalam JAMAAH,bukan sorang2---Qiam,terawih,iftar,tadarrus,tilawah
2. kehendak,azam,tekad yang dibina sebelum dan semasa ramadhan melalui hadis2 nabi yang menceritakan kelebihan ramadhan
3. Mujahadah-tahan mengantuk,boring baca quran
4. Pemilihan tempat terbaik dan dilimpahi rahmat-Masjid
5. Letakkan target-berapa kali nak khatam quran
6. Berdoa kepada Allah agar dimudahkan-tawakkal
7. Ilmu-kuliah dan tazkirah
8. Manfaat kepada manusia-infaq syria,khidmat iftar,sahur
9. Banyak membaca Quran
10.LAPAR-menguatkan anggota badan
11.Menahan kejahatan Lidah dan anggota lain
12.Sabar dengan kelaparan,keletihan

Moga dengan ini kita tidak ada ALASAN lagi mengatakan kita tidak mampu buat,kita tak sempat baca kerana banyak kerja,kita letih sehingga tertidur...cubalah cari cara untuk memampukan kita buat sebagaimana yang kita buat pada bulan Ramadhan.

Ya Allah terimalah amal kami dan temukan kami dengan ramadhan seterusnya.
Ya Allah jadikanlah kami bersungguh2 dalam membela agamamu ya Allah

Jul 9, 2012

GENERASI QURAN IN MAKING



              Tarbiah yang diterapkan oleh rasulullah merupakan tarbiah yang didasari oleh al-Quran.Rasulullah telah mendidik sahabatnya tentang al-Quran dan kandungannya sehingga mereka menjadi satu kaum yang melakukan perubahan yang amat  besar kepada pembaikan umat manusia.

               Bilal bin Rabbah setelah dibacakan ayat al-quran,faham dan mengetahui bahawa Allah adalah tuhan yang esa yang tidak layak dipersekutukan.Walaupun diseksa dan dijemur di bawah panas terik matahari namun dia tetap teguh dan kental dengan pendiriannya mentauhidkan Allah.

               Begitu juga dengan kisah Fatimah adik kepada Umar al-Khatab yang diancam dan diugut olehnya abangnya Umar al-Khatab untuk keluar daripada agama Islam,namun dia tidak berganjak daripada pendiriannya,malah Umar al-Khatab pula tertarik dengan agama islam setelah dibacakan ayat quran dalam surah Thaha.

               Khubaib bin ‘Adi yang telah ditangkap oleh golongan pengkhianat dalam satu ekspedisi dakwah yang dihantar oleh Rasulullah,kemudian telah dijual kepada orang kafir Quraish yang kemudiannya telah menyalibnya.Sebelum disalib,Abu Sufyan menawarkan untuk melepaskannya dengan syarat Rasulullah saw menggantinya.Namun ternyata,beliau tidak rela,walaupun jika rasulullah tertusuk duri sekalipun.

                Generasi ini sungguh unik.Mereka menjadikan Al-quran sebagai handphone mereka.Mereka bawa di dalam hati dan di lembaran-lembaran kertas dan mempraktikkan prinsip-prinsip dan perintahal- quran dimana-mana.Al-quran seolah-olah hidup dalam jiwa mereka.Mereka inilah generasi al-Quran yang terbina daripada asuhan dan tarbiah Rasulullah saw.

                As-Syahid Syed Qutub telah menulis dalam kitabnya  maa'lim fit-tariq, bahawa para sahabat baginda adalah generasi Al-Quran terbaik yang pernah lahir di tengah umat manusia. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 110:


"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk  umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)".
  
                 Syed Qutub melontarkan persoalan kenapa generasi al-quran yang sebenarnya belum muncul pada hari ini?, sedangkan Al-Quran dan hadis masih berada di tangan umat Islam dan ianya tetap terpelihara seperti zaman sebelumnya?.


                 Beliau memberikan jawapan bahawa generasi Al-Quran hanya akan dapat dilahirkan kembali apabila umat Islam memiliki dan melaksanakan tiga langkah seperti yang dilakukan oleh Nabi dan di kalangan generasi sahabat terdahulu. Langkah-langkah tersebut ialah:


                  Pertama : Umat Islam perlu mencintai Al-Quran dan menjadikannya sebagai satu-satunya sumber rujukan dalam kehidupan. Ini bermakna, Al-Quran harus ditanam dalam hati dan fikiran, serta menjadi roh dalam setiap nafas kehidupan.


                 Kedua :Umat Islam hendaklah memiliki ketaatan yang tidak berbelah bagi terhadap perintah-perintah Allah dalam Al-Quran. Al-Quran mestilah dipelajari tidak hanya untuk menjadi bahan kajian dan diperdengarkan bacaan semata-mata, tetapi benar-benar untuk dilaksanakan. Syed Qutub menjelaskan, Al-Quran perlu disatukan dalam jiwa raga umat Islam dan digunakan dalam kehidupan mereka. Al-Quran tidak sepatutnya hanya tersimpan dalam karya-karya ilmiah semata-mata, tetapi ia mesti difahami dan diamalkan.


                  Ketiga:Syed Qutub turut menegaskan bahawa umat Islam hendaklah meninggalkan jahiliah moden termasuk cara hidup serta pemikirannya.


                  Kuncinya adalah baca quran untuk buat!!!


                Pernahkah anda membeli buku resipi masakan?Apa yang anda lakukan dengan buku tersebut?Sudah tentu untuk melihat resipi yang kemudiannya akan dimasak di dapur.Begitu juga dengan al-Quran.Generasi sahabat melihat al-Quran bukan sekadar Kitab ilmu,buku sains,novel,buku cerita atau buku sejarah,bahkan mereka menggangap al-quran adalah manual dan panduan yang perlu diamalkan dalam kehidupan mereka.


                 Generasi al-quran hari ini mula mendapat perhatian ramai pihak.Mereka bercita-cita mewujudkan kembali golongan ini.Namun usaha masih perlu diteruskan.Kita tidak mahu berpuas hati dengan pusat-pusat tahfiz yang bertebaran ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan yang menekankan penghafalan dan tidak menekankan aspek pemahaman yang seterusnya akan membawa kepada pengamalan dalam kehidupan.Kita juga tidak cukup dengan mempopularkan pengajian-pengajian tarannum dan Qiraat namun juga perlu memfokuskan kepada pengajian tafsir dan tadabbur al-quran serta menanam kefahaman kandungan al-quran kepada masyarakat dengan konsep yang lebih mesra dan menarik.Kita juga bimbang mereka yang menggunakan al-quran hanya semata-semata untuk meneruskan kehidupan dan sebagai periuk nasi dan tidak ada agenda perubahan dan alat berdakwah kepada masyakat.


                    Setiap pihak perlu mengambil peranan dalam membina generasi al-Quran.Apa yang perlu diingat adalah setiap orang mampu menyampaikan pengajaran-pengajaran di dalam al-Quran.Tidak perlu menjadi alim dan pakar dahulu sebelum dapat menyampaikan.Rasulullah amat menggalakkan kita menyampaikan ilmu walaupun sedikit,namun nilainya di sisi Allah amat besar.Dalam hadis juga disebut bahawa “sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan dia mengajarkan kepada orang lain”.Jadi sebaik-baik orang yang belajar al-Quran adalah orang yang mengajarnya kembali kepada orang lain.


                   Jadi,apa yang boleh kita buat mungkin adalah dengan menjadikan rutin pembacaan al-Quran dan terjemahannya serta tadabbur ringkas bermula dari rumah kita kemudian ke sekolah-sekolah serta majlis-majlis sebagai usaha mudah yang boleh mendidik masyarakat secara menyeluruh.Kita juga boleh menghidupkan masjid dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dalam bentuk yang menarik dan menekankan akidah serta akhlak sebagai tujuan akhir penyampaian.Penyampaian dalam bentuk permainan,pembentangan media,nyanyian,perkhemahan,tafakkur alam dan sebagainya yang dekat dan disukai oleh manusia sebagai cara untuk kita mendekati dan mengenalkan manusia dengan Allah.


                  Oleh itu,generasi al-Quran dengan izin Allah akan terwujud kembali.Kita sudah melihat umat islam di Palestin yang rata-ratanya menghafal al-Quran dan mereka amat merindukan mati syahid,sehinggakan mereka amat berbangga jika ada dalam keluarga mereka seseorang yang bergelar syuhada’.Moga Allah memudahkan kita untuk beramal dan menganugerahkan keikhlasan kepada kita.Amin  

Nov 17, 2011

Membaca:Mudah ke?


Ehsan:lintasberita.com 

Ilmu amat penting dalam pembinaan kefahaman dalam diri setiap muslim dan cara untuk mendapat ilmu yang paling berkesan adalah dengan membaca seperti disebut dalam surah al-Alaq.

Sedihnya,pada hari ini adalah masyarakat muslim secara umumnya malas membaca.Oleh kerana gejala malas ini menyebabkan mereka berada dalam kejahilan dan bertindak sebagai si jahil.Adakah samacara  seorang doktor ketika makan dengan seorang orang awam.Adakah sama seorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.Tentu tidak sama !!!

Membaca perlu dibudayakan seperti kita membudayakan makan dan minum dalam kehidupan kita.Jika kita ada waktu makan,kita juga kena ada waktu membaca.

Bagaimana?mulakan dengan langkah pertama. “long journey begins with first step”.

Mulakan membaca bahan bacaan yang ilmiah dengan semuka sehari kemudian konsisten,dan ketika sudah stabil tingkatkan lagi kepada beberapa muka.

Ada sahabat kita yang apabila datang semangat membaca mereka mahu membaca banyak terus,kemudian rasa berat dan meninggalkan pembacaan mereka,sedangkan untuk membaca,kita perlukan stamina.Dan stamina perlu dibina secara berperingkat.Orang yang dapat tahan berlari berpuluh-puluh kilo pastinya bermula dengan latihan beberapa kilo dahulu.

Tips untuk berubah juga,adalah tidak boleh bertangguh dan mula dengan sedikit-demi sedikit.

Oleh itu,jom berubah sekarang dengan langkah pertama iaitu membaca sedikit demi sedikit secara konsisten.

Moga Allah memberi hidayah kepada kita untuk konsisten dalam bacaan yang bermanfaat.