Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Tak dapat dinafikan bahawa hati ini milik Allah,
Kadang-kadang iman kita tinggi memuncak,
Namun ada masanya ia jatuh menjunam dan pecah berderai.
Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Nabi dan sahabat diejek, disiksa,diboikot dan diperkotak-katikkan,
Tetapi mereka tidak sekali-kali menyerah,
Malah semakin yakin dan intim dengan Allah.
Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Walaupun kadang-kadang kita berseorangan,
Sejarah telah membuktikan bahawa islam bermula dengan seorang,
Jangan terlalu memaksa kerana memaksa itu membawa kepada keburukan.




