Pages

Jun 14, 2011

Ujian di Jalan Dakwah

Sesungguhnya agama Allah ini pasti dan pasti akan kembali memimpin dunia.Meskipun masanya masih belum tiba.Keyakinan kita ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan kekuasaan akan kembali kepada orang Islam pada suatu masa sebelum berlaku Qiamat.

Namun persoalannya sekarang adalah adakah kita bersama dengan kafilah yang memperjuangkan Islam untuk kembali tegak atau tidak.Jangan menyangka dengan menjadi muslim,namun hanya duduk-duduk sahaja,kita sudah selamat dan terjamin kedudukan kita di akhirat kelak. 


Di atas jalan ini tidak dapat dinafikan banyak ujian,rintangan dan halangan yang akan ditempuhi oleh para pendokong dakwah.Musuh-musuh agama Allah ini tidak akan membiarkan sahaja para pendokong dakwah.Mereka akan bermati-matian menggangu mereka,menangkap,menyiksa,membunuh semata-mata untuk menghalang manusia daripada menyembah Allah dan segala kepentingan dunia mereka yang melampau itu digangu-gugat.

Jun 4, 2011

Rintangan di atas jalan dakwah.

   Setiap daie dan mereka yang bercita-cita untuk melihat Islam kembali memimpin dunia ini haruslah mengetahui dan menyedari bahawa keadaan dunia dan negara kita pada hari ini diancam oleh berbagai permasalahan.Namun permasalahan yang paling besar adalah apabila manusia khususnya mereka yang bergelar muslim tidak mengenal akan tuhan mereka dan tidak mengamalkan islam secara menyeluruh.
  
Sebenarnya kita yang telah ditarbiah  dan memahami Islam secara syumul ini perlu simpati kepada mereka bukannya kita membenci dan menyalahkan mereka.Mereka ini masih dalam keadaan lena dan tidak memahami.Ibaratnya seorang budak kecil yang bermain dengan kotoran kerana dia tidak mengetahui akan bahayanya.Budak kecil ini mestilah selalu diperhatikan dan dibimbing agar mereka terus berjalan diatas jalan yang benar dan supaya mereka juga dapat berdikari dan menyeru orang lain juga.

Jun 3, 2011

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Tak dapat dinafikan bahawa hati ini milik Allah,
Kadang-kadang iman kita tinggi memuncak,
Namun ada masanya ia jatuh menjunam dan pecah berderai.

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Nabi dan sahabat diejek, disiksa,diboikot dan diperkotak-katikkan,
Tetapi mereka tidak sekali-kali menyerah,
Malah semakin yakin dan intim dengan Allah.

Jangan putus asa menyeru kepada kebaikan,
Walaupun kadang-kadang kita berseorangan,
Sejarah telah membuktikan bahawa islam bermula dengan seorang,
Jangan terlalu memaksa kerana memaksa itu membawa kepada keburukan.