Kemungkinan ada
sesetengah muslim menggangap bahawa fiqh muamalat dan ekonomi Islam adalah
sesuatu yang sama.Anggapan ini tidak benar.Ada perbezaan kecil antara kedua-dua
perbahasan ini.
Antaranya ialah
Perbahasan ekonomi lebih luas daripada perbahasan fiqh muamalat kerana ia
melibatkan pelbagai aspek antaranya inflasi,deflasi,penawaran dan permintaan
pasaran,jenis-jenis pasaran,teori-teori yang berkaitan dengan ekonomi,mazhab
dan pemikiran dalam ekonomi.
Sementara itu
jika kita melihat kepada fiqh muamalat maka ianya lebih memfokuskan aspek hukum
hakam,kesusaian sesuatu kontrak dengan syariah,perbankan dan sebagainya.Oleh
itu ia lebih kecil dan terhad.
Dari sudut takrif
ekonomi bermaksud bagaimana kita menguruskan sumber-sumber untuk menghasilkan
servis atau produk untuk memenuhi keperluan manusia.
Dan Islam telah
meletakkan kaedah-kaedah umum pengurusan ekonomi bagi Negara islam,maka kajian
bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi antaranya dari sudut penghasilan,penagihan
dan pertukaran menurut perspektif islam adalah tujuan utama daripada ekonomi
islam,
Fiqh Muamalat
dari sudut takrif ialah kumpulan hukum hakam yang berkaitan dengan aktiviti
ekonomi dalam masyarakat antaranya hukum yang berkaitan dengan pengurusan
kewangan,pemilikan dan kontrak.
FIqh Muamalat
terhad kepada kajian mengenai kewangan antara individu,masyarakat dan Negara.Manakala
Ekonomi Islam lebih luas dan melibatkan undang-undang kewangan dalam sesebuah Negara.
Jika seseorang
mahu mempelajari fiqh muamalat dia akan mempelajari hukum hakam syariah
perbuatan dalam interaksinya dengan kewangan di antara individu dan masyarakat
secara terperinci.Manakala,ekonomi Islam maka dia akan mempelajari teori umum
dan hubungan yang berkaitan dengan kewangan dan seperti kebebasan ekonomi dan
jaminan pemilikan masyarakat dan lain-lain.
Contohnya:
Dalam permasalahan
monopoli (ihtikar) ataupun sorok barang daripada pasaran dengan tujuan untuk
menunggu harga meningkat.
Fiqh Muamalat:Kajian
tentang dalil pengharaman monopoli,dan barangan yang ditegah monopoli,syarat
pengharaman dan jenis hukuman kepada si peselah.
Ekonomi Islam:Membincangkan
tentang factor-faktor yang membawa kepada timbulnya monopoli,jenisnya dan
kesannya dalam pengagihan pendapatan dan lain-lain selain dari menerangkan
hukum seperti fiqh.
Permasalahan lain
contohnya faedah.Dari sudut fiqh maka yang dikaji adalah hukumnya dan
dalil-dalil pengharaman faedah dan menerangkan perbagai bentuk perniagaan
ribawi.Namun ekonomi islam membincangkan tentang kesan faedah kepada penawaran
wang.
Sumber:Fiqh Muamalat,Dr Fuad as-sauri
No comments:
Post a Comment