Ego ialah sifat yang tidak dapat dipisahkan dari orang yang
merasa dirinya lebih baik dari saingannya.Biasanya dia akan sentiasa
membandingkan kelebihannya dangan kelebihan lawannya dan mengingat-ingat
keburukan dan kekurangan lawannya.
Sifat ini amat bahaya kerana ia boleh merencatkan keimanan
dan ukhuwwah antara muslim.Bahkan yang paling bahaya ia boleh menjadikan
seseorang itu tidak rasional dalam membuat keputusan dan mengambil pendirian
yang tepat.Banyak dari keputusan dan tindakannya dipengaruhi oleh rasa iri
hati,tidak puas hati atau dengki kepada saingannya.
Hati-hatinya akan panas berkobar-kobar kerana marah
sehinggakan mata hatinya buta dalam menilai kebenaran.Lebih-lebih lagi jika
kebenaran bersama saingannya dan kesalahan di pihaknya.Ia akan menjadi barah
jika tidak dicegah.
Oleh itu kita melihat dalam Islam, Sifat ego atau takabbur
amat tercela.Bahkan Iblis dikeluarkan dari syurga kerana mempunyai sifat ini
dan merasakan dirinya lebih baik daripada Adam.Walaupun pada pandangan mata
kasarnya betul,tetapi disisi Allah taala berbeza kayu ukur kemuliaan makhluk.
Seorang jundi seharusnya berlapang dada dalam menerima
nasihat dan teguran walaupun ia dilakukan dalam keadaan yang agak terbuka dan
kasar serta agak tidak tepat teguran tersebut, ditambah pula dengan akhlak si
penegur yang diragui.
Seorang yang berada dalam posisi qiyadah tidak seharusnya
menghukum terlalu cepat dan jika perlu menegur,tegurlah dalam keadaan tertutup dan secara senyap.Seorang
Qiyadi mestilah menunjukkan qudwah yang baik sebelum mengarahkan jundi
melakukan hal yang sama.Nasihat yang baik kalau tidak kena
caranya,kadang-kadang tidak berkesan juga.Oleh itu,kita perlu meraikan
kedua-duanya.