Pages

Mar 2, 2010

Waktu adalah Kehidupan


Perjalanan ke kelantan melalui kereta api memakan masa 18 jam.Wah,lamanya biar betul.Tetapi begitulah hakikatnya.Kerana masalah teknikal menyebabkan ia lambat beberapa jam.Sepatutnya ia hanya memakan masa 13 jam.Namun perjalanan kali ini begitu menyeronokkan,walaupun tidak sempat menghabiskan 3 biji buku seperti yang dilakukan sebelum ini.Namun kali ini aku dapat mengenali seorang budak comel bernama Faizal Hakimie.Perjalanan yang lama dirasakan sebentar sahaja.Mendengarnya bercoletah menceritakan pengelamannya dan hobi memancingnya amat menghiburkan.Teringat zaman kanak-kanak yang penuh warna-warni,keriangan dan keseronokan.Dibesarkan di dalam sekolah,kerana ayah seorang cikgu,tidak seperti budak-budak kampung yang lain.Namun zaman senag-lenang sudah berlalu.Sekarang adalah masa untuk berjuang.Tidak ada masa untuk rehat sebenarnya.Benarlah kata Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang pertama Hasan al-Banna bahawa kewajipan kita lebih banyak dari waktu.Kadang-kadang pernah terfikir betapa beratnya beban dakwah ini.Adakah ia akan membuahkan hasil.Menelusuri masyarakat di bandar besar sudah cukup memualkan sehinggakan terlintas di fikiran adakah suasana akan berubah jika aku berdakwah? Kadang-kadang diri ini rasa seakan mahu hanyut,larut bersama suasana.Tetapi mujurlah masih ada sahabat seiman yang sudi menghulurkan tangan membantu menarik ke jalan yang benar.Teringat bahawa tugas manusia hanya bekerja kerana Allah menilai melalui kualiti sesuatu kerja bukan hasilnya.Sesungguhnya Allah sebaik-sebaik hakim.

No comments:

Post a Comment