Setiap kali ramadhan,pasti kita
akan dapat pengajaran yang baru...dan antaranya ia mengajar kita seganas
manapun nafsu kita,kita mampu menghabiskan at least 1 juz quran sehari
yang kita rasa susah di bulan lain,kita mampu berdiri 8/20 rakaat
terawih,kita mampu bangun pkul 4 pagi selama hampir sebulan penuh...dan
semua itu datang dengan kehendak dan mujahadah....jadi Allah mahu
mengajar kita melalui bulan ini bahawa kita mampu menundukkan nafsu kita
namun perlu dengan cara yang betul.
Antara perkara yang membantu menundukkan nafsu:
1. Berada dan bekerja dalam JAMAAH,bukan sorang2---Qiam,terawih,iftar,tadarrus,tilawah
2. kehendak,azam,tekad yang dibina sebelum dan semasa ramadhan melalui hadis2 nabi yang menceritakan kelebihan ramadhan
3. Mujahadah-tahan mengantuk,boring baca quran
4. Pemilihan tempat terbaik dan dilimpahi rahmat-Masjid
5. Letakkan target-berapa kali nak khatam quran
6. Berdoa kepada Allah agar dimudahkan-tawakkal
7. Ilmu-kuliah dan tazkirah
8. Manfaat kepada manusia-infaq syria,khidmat iftar,sahur
9. Banyak membaca Quran
10.LAPAR-menguatkan anggota badan
11.Menahan kejahatan Lidah dan anggota lain
12.Sabar dengan kelaparan,keletihan
Moga dengan ini kita tidak ada
ALASAN lagi mengatakan kita tidak mampu buat,kita tak sempat baca kerana
banyak kerja,kita letih sehingga tertidur...cubalah cari cara untuk
memampukan kita buat sebagaimana yang kita buat pada bulan Ramadhan.
Ya Allah terimalah amal kami dan temukan kami dengan ramadhan seterusnya.
Ya Allah jadikanlah kami bersungguh2 dalam membela agamamu ya Allah