Antara nama-nama neraka yang Allah sebut di dalam Al-Quran
adalah neraka Saqar iaitu di dalam Surah Mudassir.Neraka Saqar ialah neraka
yang Allah janjikan dan disediakan oleh Allah kepada orang berperangai seperti
mana orang Kafir Quraish yang menolak kebenaran yang mereka sudah nampak
khususnya kepada Walid bin Mughirah seperti mana yang disebut oleh Allah dalam
surah Mudassir:
Kelak aku akan memasukkannya kedalam neraka Saqar
[74:26]
Gambar Hiasan.Ehsan http://what-buddha-said.net |
Walid bin Mughirah adalah seorang yang bijak dan pandai
serta mempunyai kekayaan dan anak pinak yang ramai, nsmun ketika dia melihat
kebenaran yang berada pada Rasulullah s.a.w ,dia mengambil masa untuk berfikir
dan menimbang-nimbang antara memeluk islam dengan tetap di atas kekufuran.Jika
dia memeluk islam maka semua kepentingan dunianya akan tergadai dan pengikutnya
akan lari darinya.Akhirnya dia mengutamakan kepentingan dunia, kepimpinan,
pengaruh, kekayaan dunia di atas kebenaran islam.
Maka Allah menjanjikan kepada golongan ini dan yang sewaktu
dengannya –neraka saqar-yang disebut mempunyai sifat-sifat berikut:
1.
La tubqi wa la tazar-tidak
meninggalkan dan tidak membiarkan.
Dalam kitab Sofwatu Tafasir yang telah
dikarang oleh Muhammad Ali as-Sobuni: “Tidak meninggalkan sesuatupun di dalam
neraka Saqar kecuali dihancurkan,dan tidak ditinggalkan walau seorang dari
orang yang berdosa kecuali dibakar.Ibnu Abbas telah menyebut dalam tafsirannya:Tidak
meninggalkan sesuatupun daripada darah,tulang dan daging kecuali
dibakar,apabila dia dikembalikan kepada keadaan asal,dia kemudian diazab dengan
azab yang lebih pedih.
2.
Lawwahatun lil
basyar
As-Sobuni menyebut bahawa maksudnya adalah
sangat terang dan jelas kepada penglihatan manusia daripada jarak yang amat
jauh kerana besarnya saiz api neraka Saqar tersebut tanpa perlu memanjangkan
tengkuk dan bersusah-susah untuk melihatnya.
3.
‘alaiha tis’ata ‘asyar-diatasnya
ada 19 penjaga.
Penjaga di sini adalah merujuk kepada 19 malaikat Zabaniah yang bertugas menjaga neraka Saqar ini.
Penjaga di sini adalah merujuk kepada 19 malaikat Zabaniah yang bertugas menjaga neraka Saqar ini.
http://www.laptopstolullabies.com |
Malaikat adalah makhluk Allah yang hebat dan
kuat dan disebutkan oleh ibnu Abbas bahawa jarak diantara dua bahu malaikat
Zabaniah adalah perjalanan setahuan dan setiap pukulan mereka boleh memasukkan
70 ribu manusia ke dalam neraka sekaligus.
Di dalam ayat ini Allah telah menyebut bilangan para
malaikat dengan tepat sebagai ujian kepada orang kafir dan untuk menambah
keyakinan kepada ahli kitab.Disebut di dalam Tafsir as-Sobuni ahli kitab
mendapati bahawa bilangan malaikat penjaga neraka disebut dalam kitab
mereka.Ini menyebabkan keyakinan mereka akan kebenaran islam bertambah dan
menyebabkan mereka memeluk islam.Orang yang beriman bertambah keimanan mereka
setelah mereka melihat keislaman ahli kitab ini.
Maka hidayah Allah dilimpahkan
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah sesatkan siapa yang dikehendaki-Nya.Oleh itu sentiasalah memohon hidayah dari Allah.